Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook!
17:10 Oct 04, 2018  |  By SabahKini2
Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook!

Hari ini tular lagi surat permohonan tanah yang diminitkan oleh Shafie Apdal. Ketua pemohonnya Abdull bin Naim beralamatkan Kg Lingkudau Keningau sebuah Kampung Setinggan yang terbakar baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Hari ini tular lagi surat permohonan tanah di Kg Biah Skim, Jalan Sook di Daerah Kecil Sook. Sebelum itu Penduduk Kg Darau di Sepanggar menentang rancangan penempatan baru untuk membina rumah transit hampir 700 orang mangsa kebakaran Kampung Cenderamata 2, Likas 

[ARTIKEL BERKAITAN - Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar ]

Rakyat Sepanggar juga dikejutkan lagi surat dari Dato' Hj Mohd Hisham Hj Abd Fattah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berhubung surat sokongan perakuan kelulusan LA-2018010117 tapak perkampungan Kg Warisan Jaya di Sepanggar yang dipohon oleh Encik Satar Lipae Pengerusi Penyelaras Kg Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN - Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar ]

Ogos lalu seramai 250 orang dari Kampung Boronuon, Timbok, Telipok dan beberapa kampung berdekatan berkumpul membantah rancangan pengambilan tanah kampung mereka dikaitkan penempatan setinggan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Orang Kg Boronuon Sepanggar bantah sebagai pusat penempatan setinggan terbakar ]

Kini penduduk daerah Sook pula kecoh apabila surat yang diminitkan oleh Shafie Apdal mengenai permohonan tanah negeri untuk tanaman kelapa sawit dan buah-buahan seluas 15 ekar bagi 12 orang pemohon (180 ekar) tular mengaitkan sebagai orang luar Sook.

Ketua pemohon Abdull bin Naim beralamatkan Kg Lingkudau Keningau sebuah penempatan Kampung Setinggan yang terbakar baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Kebakaran setinggan Kg Lingkudau Kerajaan beri penempatan baru? ]

Surat Ketua Pemohon Abdull Naim beralamat Kg Lingkudau Keningau- Bangsa Suluk

Netizen juga membangkitkan permohonan diminitkan Shafie Apdal kepada “Pengarah Jabatan Tanah, Sila beri keutamaan” lebih ramai diberi kepada kaum Suluk berbanding Dusun memandangkan kawasan itu majoritinya adalah penduduk kampung berbangsa Kadazan Dusun.

Netizen mempertikaikan pemohon dari Kg Lingkudau kawasan setinggan memohon tanah di kawasan itu.

Kent Kevin pengguna facebook berkata pemohon luar mesti jadi isu jika ‘main langgar kawasan’.

“Cuba kalau saya tiba-tiba datang rumah kau saya angkut segala-galanya TV peti ais, apa kau rasa”? katanya

Fredorin, 45 dari Sook berkata penduduk asal resah dan tidak puas hati.

“Kami penduduk asal pun mahu tanah di kawasan itu, mengapa pula orang dari Kg Lingkudau dari kampung terbakar minta tanah di Kg Biah Skim, Jalan Sook itu. Tidak adil” katanya

Semakan Sabahkini2 dalam laman web Pejabat Daerah Kecil Sook tanah Kg Biah Skim terletak di Mukim Ansip memiliki 14 kampung. Terdapat dua Skim kampung Biah iaitu Biah Skim I dan Biah Skim II mempunyai penduduk hampir 1000 orang. Selain itu Kg Batu 4 Biah dan Biah Tengah.

Walapun surat dipohon oleh Abdull Naim itu belum diluluskan tetapi arahan minit kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur sebagai ‘Keutamaan” adalah sangat membimbangkan warga penduduk di kawasan itu.

“Adalah tidak manis Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang berkuasa hal tanah meluluskan diam-diam tanah kepada pihak luar. Kami akan membantah permohonan ini”. kata seorang penduduk di Kampung Biah

 

 

83 Comments