DAP bantah Warisan monopoli jawatan PPM
18:10 Oct 05, 2018  |  By SabahKini2
DAP bantah Warisan monopoli jawatan PPM

Seramai 5,000 anggota DAP di kawasan Parlimen Keningau telah menyatakan rasa tidak puas hati dan meminta Ketua Menteri mengambil tindakan sewajarnya. Mengapa Warisan monopoli jawatan PPM?

 

Keningau: Parti DAP Keningau menggesa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk melantik pegawai agensi kerajaan, pegawai daerah, ahli majlis daerah dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) secara adil di kalangan parti komponen sedia ada dalam Kerajaan Negeri

Pengarah Pendidikan Politik DAP Parlimen Keningau, Julius Favianus @ Julian Lian, berkata pelantikan pegawai di peringkat negeri dan daerah harus adil dan seimbang untuk menghormati janji perkongsian kuasa antara Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan (PKR) dan UPKO

"Pengarah UPPM pernah memberitahu saya bahawa DAP dan Warisan sebenarnya tidak bergabung tetapi hanya bekerja sama untuk menggulingkan Umno / BN. Jika benar, kata-kata di diucapkan oleh Ketua Menteri sebagaimana dilaporkan Pengarah UPPM, ia sangat jelas mencemarkan imej kerajaan baru, "katanya di pejabat DAP Keningau, di sini.

Beliau mendakwa Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong juga bertemu dengan Ketua Menteri mengenai perkara itu, tetapi "tidak tahu apa tindakan selanjutnya dari pertemuan itu”.

"Kami mohon jawatan diagihkan secara adil antara parti Warisan, DAP, PKR dan Upko, dan tidak dimonopoli oleh ahli Warisan sahaja," katanya.

Beliau berkata tiga UPPM di Bingkor, Liawan dan Tambunan perlu dikaji semula.

"Persoalan saya ialah, mengapa PPM untuk Bingkor diwakili oleh ahli Warisan sedangkan yang layak dilantik adalah DAP”.  katanya.

"Seramai 5,000 anggota DAP di kawasan Parlimen Keningau telah menyatakan rasa tidak puas hati dan meminta Ketua Menteri mengambil tindakan sewajarnya, bukan kerana DAP mahu berkuasa atau memonopoli semua jawatan, tetapi sekurang-kurangnya terdapat pengagihan seimbang," tambahnya

Sementara itu, Pengerusi DAPSY Haryady Antueta @ Abdullah turut menyuarakan bantahan terhadap pelantikan PPM Bingkor sebagai "tidak adil."

Isu ini timbul apabila 58 wakil Warisan, PH dan UPKO dilantik untuk mengisi jawatan sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di seluruh Sabah, manakala dua kawasan belum dilantik.

2 Oktober lalu Shafie Apdal menyampaikan watikah pelantikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di Bangunan Pentadbiran Negeri.

VIDEO sidang Media sila rujuk https://www.facebook.com/adie.yadie.98/videos/1845622778870053/

4 Comments