Saya terkejut Akta Hasutan zaman BN terus digunakan- Azis Jamman
08:10 Oct 06, 2018  |  By SabahKini2
Saya terkejut Akta Hasutan zaman BN terus digunakan- Azis Jamman

Akta Hasutan ini diwujudkan zaman Barisan Nasional (BN). Saya terkejut ia digunakan untuk mendakwa adik Lokman Noor Adam. Saya tidak menyangka akta ini terus digunakan

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman akhirnya U-Turn dan menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong pelaksanaan Akta Hasutan 1948 yang didakwa terhadap adik Datuk Lokman Noor Adam baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak menyangka pihak polis menggunakan akta tersebut untuk membuat siasatan dan pendakwaan terhadap Azman Noor Adam kerana menghina Perdana Menteri menerusi laman sosial

“Saya tidak pernah bersetuju dengan penggunaan Akta Hasutan digunakan untuk membuat penyiasatan mahupun pendakwaan terhadap mana-mana individu”. katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Sabah Job and Entreprenuer Fair 2018 di pusat membeli belah Suria Sabah hari ini.

“Akta Hasutan ini diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu untuk kepentingan parti mereka. Ini semua salah BN lah

“Dan sudah pasti saya terkejut dengan kenyataan pihak Polis untuk menggunakan akta tersebut kepada adik Lokman Noor Adam  atas perbuatannya itu,” katanya.

Sebelum ini Azis menyokong pelaksanaan Akta Hasutan 1948  atas alasan SOP Polis bagaimanapun kenyataannya itu diserang oleh N Surendran Peguam PKR dalam NGO Lawyers for Liberty (LFL) sebagai mengarut serta tidak layak memegang jawatan Timbalan Menteri KDN dan tidak membaca manifesto PH.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azis Jamman timbalan menteri mengarut, kata Surendran Peguam PKR ]

Azis membalas teguran Surendran sebagai “Rakan PH jangan melenting, tanya dia dulu sebelum cakap”.

Menteri JPM  sokong Azis Jamman guna Akta Hasutan tapi persoal adik Lokman didakwa

Menteri JPM (Undang-undang) Datuk VK Liew juga mempersoalkan polis mengapa didakwa atas Akta Hasutan namun bersetuju dengan Azis Jamman dalam penggunaan akta itu yang masih belum dimansuhkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Akta Hasutan: Rakan PH jangan melenting, tidak wajar kritik kata Azis Jamman ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri JPM sokong Azis Jamman guna Akta Hasutan tapi persoal adik Lokman didakwa ]

Azis berkata, akta berkenaan terus digunakan kerana pelaksanaan oleh BN masih belum dimansuhkan di Parlimen dan boleh diterus digunakan jika sesuai.

“Jika media bertanya berkenaan pendapat saya, sudah pasti saya katakan dari segi realitinya, akta ini masih wujud sebab belum dimansuhkan dan ia masih disisi undang-undang”. katanya

“Saya tidak boleh katakan akta ini sudah tidak wujud. Ini bererti saya membelakangi kabinet,” jelasnya. 

Bagaimanapun netizen mempersoalkan kenyataan Azis. Bukan isunya akta itu wujud atau tidak, atau masih sah digunakan atau tidak tetapi beliau timbalan menteri ada kuasa mengarahkan agar polis jangan menggunakan akta hasutan pada mana-mana kes sehingga dimaklumkan kelak.

“Ada banyak akta yang boleh diguna pakai dalam Akta SKMM jadi tak perlu putar belit cakap je tidak lagi digunakan”. kata Amran seorang pengguna facebook.

 

 

3 Comments