Minit arahan Shafie 180 ekar tanah wujud bukan palsu!
05:10 Oct 09, 2018  |  By SabahKini2
Minit arahan Shafie 180 ekar tanah wujud bukan palsu!

Bagaimana PPM Sook Edward Binbang baru dilantik mengatakan surat diminitkan Shafie adalah palsu? Arahan pejabat Ketua Menteri adalah kepada Pengarah JTU. Ia sepatutnya dijawab oleh Pengarah JTU.

KENINGAU- Surat permohonan bagi 180 ekar (kira-kira 72 hektar) tanah yang tular di media sosial baru-baru ini kononnya untuk diagihkan dalam kalangan penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) sebenarnya tidak wujud, kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Sook Edward Binbang yang baru dilantik.

Katanya beliau telah menyiasat dakwaan surat permohonan tanah di Kampung Biah Skim, Sook itu yang kononnya mendapat sokongan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Keningau dan mendapati tidak ada permohonan bagi tanah seluas itu didaftarkan di pejabat berkenaan.

"Selaku PPM di kawasan ini (Sook), saya melihat perkara ini perlu diambil perhatian bagi memberi jaminan kepada seluruh rakyat di Sook bahawa perkara ini tidak berlaku,” katanya kepada Bernama di sini.

4 Oktober lalu tular surat permohonan tanah yang diminitkan oleh Shafie Apdal kepada Pengarah Jabatan Tanah berhubung permohonan Abdull bin Naim beralamatkan Kg Lingkudau bersama 11 ahli keluarganya di Kg Biah Skim Sook.

[ ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook! ]


PPM Sook kena buat 'Homework'sikit

Charles,40 seorang penjawat awam memberi komen sama ada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Sook Edward Binbang ini jenis baru dilantik atau sebab dia memang tidak tahu kerja.

“Surat itu diminitkan oleh Shafie Apdal kepada Pengarah Jabatan Tanah ‘Sila beri keutamaan’ sepatutnya dirujuk kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Kepala surat itu mestilah dari pejabat Ketua Menteri Sabah untuk menyampaikan minit itu.

“sama ada surat itu sampai ke JTU atau PPHT daerah ia bergantung kepada arahan pengarah itu. Orang yang sesuai menjawab surat ini ialah Pengarah Jabatan Tanah dan bukannya PPM baru yang tidak pandai bekerja”. katanya

Menurut sumber apabila surat tular dan kecoh tak mungkin Pengarah Jabatan Tanah Ukur Negeri memanjangkan kepada pegawainya di daerah.

“Yang paling penting ialah surat dan minit Shafie Apdal itu wujud bukan palsu atau direka”. katanya

Portal Sabahkini2 sebelum ini pernah mendedahkan minit, sokongan dan arahan dari pejabat Ketua Menteri kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur seperti surat dari Dato' Hj Mohd Hisham Hj Abd Fattah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berhubung perakuan kelulusan LA-2018010117 tapak perkampungan Kg Warisan Jaya di Sepanggar yang dipohon oleh Encik Satar Lipae Pengerusi Penyelaras Kg Warisan pun pernah dilkeluarkan dengan Letter head pejabat Ketua Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar ]

Bukanlah sesuatu yang baru surat-surat seperti ini dikeluarkan oleh Shafie Apdal.
Oleh itu minit tanah Kg Biah Sook ini adalah perkara biasa dan wujud

 

 

 

 

5 Comments