(VIDEO) YB Norhizam DAP beri tempoh 24 jam saman rakyat sebar videonya mengamuk!
13:10 Oct 10, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) YB Norhizam DAP beri tempoh 24 jam saman rakyat sebar videonya mengamuk!

Selepas dua rakaman video sebelum ini dia mengamuk dan mengherdik rakyat. Kali ini lebih teruk lagi. YB Norhizam kata video tidak seperti itu. Saya saman yang viralkan saya. Katanya

 

"Saya beri tempoh 24 jam sebelum saya saman- Horhizam"

Akhirnya YB Norhizam Hassan Baktee EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri  Melaka bertambah berang apabila tiga video klipnya disebarkan menunjukkan beliau mengherdik, menghina dan bersuara tinggi terhadap warga tua atau penduduk kampung tular dalam media massa sehingga dilihat lebih dari 300 ribu netizen.

 [ARTIKEL BERKAITAN: (VIDEO) Kali ketiga YB DAP Melaka mengamuk terserlah makin biadap dan menghina rakyat! ]

Sehubungan itu, melalui satu lagi klip video yang dimuat naik oleh portal Melaka Kini, beliau memberi tempoh masa selama 24 jam untuk semua pihak yang menyebarkan klip video kekecohan tersebut agar menarik semula video berkenaan sekiranya tidak mahu diambil tindakan.

”Saya beri notis 24 jam kepada mereka yang viral kepada saya. Jika mereka masih terus dengan viral mereka, dengan tabiat mereka, nak viralkan saya, saya akan saman mereka dalam masa terdekat.

”Ini amaran yang saya berikan kepada mereka. Kalau tak tahu dimana hujung dan pangkal, jangan cuba main viral dengan saya. Selidik dahulu, apakah kebenarannya. Apakah kewajarannya.

”Takkanlah saya sebagai seorang EXCO saya nak bersiakap biadap. Saya turun padang untuk buat kerja, saya berhadapan dengan 20 orang yang buat provokasi yang menentang saya.

”Jadi saya hadaplah. Suara mereka tinggi, saya kena tinggikan suara. Itu sahaja,” katanya.

Beliau turut menafikan ada mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya termasuklah ‘taknak cakap dengan orang tak bersekolah’ ketika insiden berkenaan berlaku.

”Saya tak cakap benda-benda yang kurang ajar. Betul. Saya tak ada keluarkan perkataan-perkataan macam yang orang kata. Macam orang tak sekolah, maki-hamun semua. Tak ada,” katanya lagi.

 

8 Comments