Ahli Parlimen Labuan dan bekas Setiausaha Politik '5 peratus' keluar UMNO
15:10 Oct 10, 2018  |  By SabahKini2
Ahli Parlimen Labuan dan bekas Setiausaha Politik '5 peratus' keluar UMNO

Selepas mereka menikmati 'kekenyangan' jawatan, gaji, projek dalam BN. Mereka esok akan keluar UMNO untuk disucikan dalam kerajaan Pakatan Harapan.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dijangka mengumumkan keputusannya meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Warisan Sabah.

Setakat ini Rozman tidak mengiya atau menafikan khabar angin itu. 
 
Sebaliknya katanya, beliau sibuk menyediakan kenyataan rasmi mengenai khabar angin tersebut.

"Saya akan memberi kenyataan rasmi esok (Khamis) dan sekarang sedang menyediakan kenyataan itu.

"Banyak perkara yang akan dimuatkan dalam kenyataan itu," katanya.

Rozman dijangka menghantar surat permohonan menyertai parti itu kepada Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking dalam lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke pulau bebas cukai itu, esok.
 
Rozman adalah antara 3 ahli Parlimen dari UMNO yang tidak menandatangani Aku janji parti. Oleh itu pemergiannya sudah dijangka.
 
Rozman mempunyai banyak projek di Parlimen Labuan selain Pengerusi Perbadanan Labuan sama ada beliau diugut atau mahu menjaga kedudukan hartanya.
 
Sementara itu bekas Setiausaha Politik Menteri Wilayah yang juga bekas Ketua Pemuda Labuan Mohd Rafi Alli Hassan dijangka turut menyertai Ahli Parlimen Labuan.  Rafi dikatakan broker menentukan calon pemuda di Sabah melalui Setiausaha Agung UMNO sehingga nama-nama seperti Jamami Jaafar dicalonkan.  
 
Rozlan dan Rafi adalah kelahiran daripada Pemuda UMNO Zaman KJ yang sebelum ini lantang mahu menjadi calon pilihanraya. Namun bila mereka mendapat kedudukan dalam parti mereka meninggalkan parti.
 

Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Labuan. Bila dah kenyang mereka keluar. Jati diri pemuda UMNO Zaman KJ.
 
Sebelum ini kemnya Jamawi Jaafar serta beberapa pemuda UMNO lain keluar UMNO dan menyertai parti Warisan lebih awal Mei lalu.
 
Selain Jamawi Adun Kemabong, Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim
Nik Nadzri Nik Nawawi (Keningau),  Ramlan Awal (Sepanggar) dan Jehan Osman Ongkomog (Pensiangan)
keluar UMNO 12 Mei lalu
 
Mohd Rafi Alli Hassan dikenali sebagai 'Mr Setiausaha Politik 5 %' kerana ketika menjadi Setiausaha politik beliau akan meminta 5 % komisen dalam urusan projek di Kementerian Wilayah.
 
Dia dikatakan memiliki ratusan ekar tanah di Beaufort hasil dari kerja-kerja sebagai pemimpin politik dengan komisen 5 peratus selama ini.
 
 
4 Comments