Tunjuk bukti Warisan beri Mykad kepada pendatang tanpa izin- Darrel
15:10 Oct 11, 2018  |  By SabahKini2
Tunjuk bukti Warisan beri Mykad kepada pendatang tanpa izin- Darrel

“Ramai orang menuduh Warisan mengeluarkan MyKad kepada pendatang tanpa izin. Tidak ada perkara seperti itu. Saya cabar mereka. Bagi bukti!

AHLI Parlimen Tangerang Darell Leiking mencabar mereka yang mendakwa Warisan memberi kad pengenalan Malaysia kepada pendatang tanpa izin untuk membuat laporan polis.

Leiking menafikan Warisan pernah berbuat demikian dan mereka yang mempunyai bukti sebaliknya perlu membuat laporan polis dengan segera.

“Ramai orang menuduh Warisan mengeluarkan MyKad kepada pendatang tanpa izin. Tidak ada perkara seperti itu. Saya cabar mereka.

“Sekiranya kita berbuat demikian, sila tunjukkan kepada kami bukti,” katanya di Labuan hari ini.

Beliau berkata mereka yang memainkan isu ini dilihat cenderung ingin mewujudkan jurang di kalangan masyarakat KadazanDusun dan Murut di negeri ini.

Kebanjiran pendatang tanpa izin, akibat “Projek IC” yang dikatakan berlaku di Sabah - pendatang pendatang haram dari jiran Indonesia dan Filipina - menimbulkan ancaman langsung terhadap hak-hak masyarakat Bumiputera negeri itu. – TMI

Dr Zulfikar ni dah tangkap,siasat atau Warisan sendiri dah gantung ke?

 

[ARTIKEL BERKAITAN PROJEK IC 2.0 - SILA KLIK

Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan

Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing

Projek IC: Menteri Warisan tuduh pembangkang tapi progam Warisan anjur

Kerajaan Warisan janji mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan

Mengapa kaunter JPN dikerah untuk Projek IC?- Dr. Jeffrey

 

15 Comments