Kini Tun M Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Khas Kabinet Kaji MA63
16:10 Oct 11, 2018  |  By SabahKini2
Kini Tun M Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Khas Kabinet Kaji MA63

Selepas 22 tahun tidak mengkaji ketika sebagai PM4 kini Tun M kembali dengan kajian MA63 ketika menjadi PM ke 7. Bolehkah MA63 diselesaikan?

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed akan mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu dalam Jawatankuasa Khas Kabinet bagi mengkaji perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jawatankuasa pemandu itu merupakan antara tiga jawatankuasa yang dipersetujui bagi mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak oleh Kabinet Persekutuan pada mesyuarat mingguannya pada Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata Kabinet juga memberi lampu hijau bagi senarai ahli-ahli jawatankuasa.

Bersama Mahathir dalam Jawatankuasa Pemandu tersebut adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan rakan sejawatnya dari Sarawak, Datuk Patinggi Abang Openg serta Peguam Besar Negara dan Peguam Besar bagi Sabah dan Sarawak.

Selain itu, tujuh menteri kabinet persekutuan termasuk Liew, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk  Seri David Wong Dak Wah adalah antara 16 ahli Jawatankuasa Pemandu itu.

Jawatankuasa Pemandu berkenaan akan dibantu oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kerja, menurut Liew

Sebelum ini Ketua Menteri Sarawak menolak Jawatankuasa Pemandu dalam Jawatankuasa Khas Kabinet kerana tidak setaraf Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC)

[ARTIKEL BERKAITAN- Sarawak tolak jawatankuasa kabinet Putrajaya berhubung MA63 ]

 

3 Comments