Rozman lompat kerana Jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan dikembalikan
11:10 Oct 11, 2018  |  By SabahKini2
Rozman lompat kerana Jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan dikembalikan

Syarat Rozman MP Labuan melompat ke Warisan ialah jawatannya sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan dikembalikan.

LABUAN- Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli mengesahkan bahawa beliau telah meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Dalam satu kenyataan hari ini, Rozman mengumumkan bahawa beliau telah membuat keputusan itu kerana beliau mahu memupuk hubungan yang lebih baik dengan kerajaan yang dipimpin oleh WARISAN dan pembangunan yang lebih baik untuk wilayah persekutuan Labuan.

Katanya, demi masa depan Labuan dan kesejahteraan rakyat Labuan, hari ini beliau mengumumkan keputusannya untuk menyertai WARISAN walaupun beliau sendiri tidak mempunyai masalah dan untuk menjadi ahli parlimen pembangkang.

“Hubungan dengan Sabah harus lebih rapat dan jitu kerana usaha itu adalah wajar untuk pembaharuan yang bermula dengan Ahli Parlimen Labuan datang dari sebuah parti yang berpusat di Sabah.

“Saya percaya langkah ini akan menjadi lembaran baru ke arah hubungan di antara Labuan dan Sabah yang lebih intim dan produktif serta bakal membawa faedah kepada kedua-duanya,” katanya dalam sidang akhbar di Labuan hari ini.

Rozman turut memberitahu, beliau juga mahu bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak memperjuangkan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

“Saya berpendapat satu fasa baru dalam hubungan politik, ekonomi dan pentadbiran yang lebih erat di antara Labuan dan Sabah harus diwujudkan.

“Selain itu, keadaan ekonomi semasa dan kedudukan Labuan dalam Malaysia yang unik berbanding dengan kawasan-kawasan parlimen lain memerlukan saya membuat keputusan ini,” katanya.

Bagaimanapun menurut sumber rapat Ahli Parlimen Labuan itu Datuk Rozman mahu jawatannya sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan dikembalikan selepas beliau diarahkan meletakkan jawatan oleh Menteri Wilayah. Jawatan itu kosong sehingga kini. Shafie Apdal dan Darrel Warisan setuju berunding dengan Menteri Wilayah berhubung perkara itu. Rafi Alli Hassan bekas Setiausaha Politik tidka muncul hari ini bersama Rozman.

[ARTIKEL BERKAITAN- Ahli Parlimen Labuan dan bekas Setiausaha Politik '5 peratus' keluar UMNO ]

 

 

Masih kosong menanti Rozman Isli.

7 Comments