(VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan
14:10 Oct 11, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan

IMM13 dibeku 2013 kini dibuka semula bermula 1 Oktober. Ada 55,000 pemegang IMM13. Jumlah ini pasti bertambah. IMM13 adalah satu cara pintu warganegara songsang kedua. Warisan giat mendaftarkannya sekarang termasuk daftar lewat sjil kelahiran

Wisma Dang Bandang diserbu PTI

KOTA KINABALU: Hari ini tular video beribu pelarian Filipina di Sabah menyerbu pejabat Imigresen di Wisma Dang Bandang untuk mendaftarkan pas IMM13 selepas Shafie Apdal mengarahkan IMM13 dibuka semula pada 1 Oktober

Pengeluaran pas IMM13 untuk pelarian Filipina (yang melarikan diri ke Sabah berikutan perang saudara di Filipina pada lewat 1960-an dan 70-an) telah dihentikan pada tahun 2013 atas faktor keselamatan.

Walau bagaimanapun, kerajaan Warisan memutuskan untuk membuka semula permohonan untuk anak-anak pemegang IMM13 sebagai cara untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak tanpa kerakyatan (stateless) dan tidak didokumentasikan di Sabah.

Pada masa ini terdapat sejumlah 55,000 pemegang IMM13 di daftarkan di Sabah.

 

Sesak bertolak-tolak

Rokiah, 41 seorang penjawat awam berkata sejak beberapa hari kebelakangan ini begitu ramai warga asing datang ke pejabat imigresen ini.

"Jika keadaan ini berterusan ia boleh menyebabkan kecederaaan kerana warga asing itu menyerbu tanpa dikawal, kami berharap pasukan keselamatan boleh mengawal dari berlaku keadaan yang tidak diingini," katanya.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk Musa Sulaiman meminta orang ramai serta pemohon bertenang dan tidak tergesa-gesa.

"Kita faham anak-anak warga asing atau pemegang IMM13 tidak mempunyai dokumen maka mereka tidak boleh pergi ke sekolah dan hak-hak warganegara jadi kita faham mengapa mereka bertindak menyerbu pejabat imigresen," katanya.

Menurut Musa tiada tempoh akhir menyiapkan dokumem ini jadi jangan tergesa-gesa.

“Permohonan IMM13 sangat ketat kerana memerlukan dokumen lengkap, tulen serta bukti rekod kelahiran kanak-kanak sahaja akan dibenarkan memohon.
"Permohonan daripada mereka yang ibu bapanya bukan pemegang IMM13, atau anak-anaknya yang tidak mempunyai dokumen yang diperlukan tidak akan dilayan," tambah Musa.

Berebut-rebut kerana IMM13

Bagaimanapun video yang tular menunjukkan beribu warga asing sedang mempunyai masalah dokumen di Sabah. Dengan kehadiran ribuan PTI itu menjadi persoalan mereka mempunyai dokumen IMM13, passport atau langsung tidak mempunyai dokumen sekadar mencuba membuat permohonan baru.

Netizen mempersoalkan jika ada 55 ribu pemegang IMM13 ini bermakna dengan adanya anak-anak mereka jumlah itu bakal meningkat kepada lebih 100 ribu jika mereka mempunya minima 2 orang anak.

Menurut Datuk Jeffry Kitingan IMM13 adalah satu cara pintu warganegara songsang kedua. Mereka warga asing tetapi mempunyai dokumen seakan pas warganegara.

IMM 13 merupakan suatu pas lawatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia mengikut peruntukan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pada awal tahun 1970-an, pergolakan politik dan agama tercetus di selatan Filipina. Susulan daripada pergolakan tersebut, ramai warganegara Filipina yang beragama Islam lari ke Sabah dan Labuan untuk memohon perlindungan.

Beberapa skim penempatan pelarian telah diwujudkan oleh kerajaan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Semporna dan Labuan bagi tujuan itu.

Memandangkan pelarian-pelarian ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah, kerajaan telah mengambil suatu langkah untuk mengiktiraf kehadiran pelarian-pelarian ini dengan meminda Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 menerusi Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 1972.

Menerusi pindaan tersebut, satu perenggan baru telah dimasukkan di bawah perenggan (j) dalam Jadual (Perenggan 2) Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 iaitu:

“Persons exempted from section 2 and section 3 of the Passports Act, 1966.

(k) Any national of the Republic of the Philippines entering Sabah other than by a vessel of an international shipping or air line, who satisfies the Minister that his entry is in the interest of Sabah.”

Pindaan di atas berkuatkuasa mulai 12 September 1972 dan selepas itu, pas lawatan HIF22 telah dikeluarkan kepada pelarian-pelarian tersebut dengan bayaran RM20.00 untuk sahlaku selama setahun. Pas tersebut boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun.

Pengeluaran pas tersebut bertujuan membantu pemantauan kumpulan pelarian-pelarian tersebut memandangkan mereka berbeza dari kumpulan pekerja-pekerja asing dan juga pendatang-pendatang tanpa izin.

Pas lawatan HIF22 kemudiannya telah ditukar format kepada pas lawatan sosial IMM 13 dengan bayaran RM90.00 untuk sahlaku selama setahun. Pas tersebut juga boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun.

Pembaharuan pas tersebut selari dengan cadangan pihak Refugees Commission of the United Nations (UNHCR) yang mengambilkira keadaan di negera asal pelarian-pelarian tersebut yang tidak membenarkan mereka untuk dihantar pulang.

Pada dasarnya, pelarian-pelarian dari Filipina yang masuk ke Sabah dan Labuan antara tahun 1972 hingga 1984 layak memegang pas tersebut.

Selain itu, anak-anak pelarian yang memiliki sijil lahir (sama ada ibu atau bapa adalah pemegang pas IMM 13) juga layak memohon pas IMM 13 bagi membolehkan mereka tinggal bersama ibu bapa mereka di Sabah dan Labuan.

Persoalannya ada lagi kah pelarian Filipina seperti tahun 70an itu? Apakah jaminan kerajaan tiada pihak mengeksloitasi dokumen ini untuk diberi kepada warga asing tidak layak?

Dan boleh jadi proses IMM13 sebagai warganegara songsang II adalah satu dari elemen Projek IC 2.0 selain memberi kelulusan kepada sijil lahir lewat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Warisan janji mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan]

[ARTIKEL BERKAITAN-Mengapa kaunter JPN dikerah untuk Projek IC?- Dr. Jeffrey ]

 

11 Comments