Exco Melaka dari rasuah RM2.6 juta kepada Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas
07:10 Oct 13, 2018  |  By SabahKini2
Exco Melaka dari rasuah RM2.6 juta kepada Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas

[VIDEO] Melaka yang panas dari isu YB 'Hulk DAP' kepada Exco rasuah RM2.6 juta yang disiasat SPRM terlibat pencemaran arang batu atas nama industri. 'Pau' pelbagai Syarikat tidak kisah alam tercemar.

Penghujung Ogos lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri mengesahkan menyiasat kes rasuah Exco Melaka Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri Mohd. Rafiq Naizamohideen iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berhubung dakwaan rasuah RM2.6 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki turut mengesahkan siasatan itu masih berjalan.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari lebih awal mengalu-alukan siasatan SPRM walaupun sebenarnya beliau bersubahat mengenainya.

Mohd. Rafiq  didakwa menyalahgunakan kuasa dengan meminta sejumlah bayaran daripada syarikat pembangunan berkaitan kerajaan negeri. Mana-mana pelabur di Melaka di ‘pau’ oleh Rafiq ini. Tidak hairan jika beliau dilaporkan kepada SPRM.

Itulah Kerajaan PH Melaka sekarang. Terbaru kecoh mengenai YB Gangster Melaka atau “Hulk DAP’ iaitu Norhizam Hassan Baktee mengamuk, menghina dan memperlekehkan rakyat di kawasannya hanya kerana urusan jalan taman.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Kali ketiga YB DAP Melaka mengamuk terserlah makin biadap dan menghina rakyat! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) YB Norhizam DAP beri tempoh 24 jam saman rakyat sebar videonya mengamuk!

[ARTIKEL BERKAITAN- Belum sempat saman rakyat Exco DAP dan KM Melaka minta maaf ]

Kes Rasuah senyap dan ADUAN rakyat Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas. 

Tanda-tanda kes rasuah Mohd. Rafiq Naizamohideen Exco mula disenyapkan sedangkan kes itu berat. Sehingga kini tiada laporan mengenai kes itu kerana mungkin mahu melindungi kerajaan PH Melaka.

Terbaru adalah aduan pencemaran udara dan pantai disebabkan oleh pengangkutan arang di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka yang juga dikaitkan dengan Ketua Menteri Melaka YAB Adly Zahari, Mohd. Rafiq Naizamohideen dan Tek Kok Kiew Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. Ketiga-tiga mereka berkait rapat projek ini.

Rakyat menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan anak, kesihatan orang tua, masalah kepada pesakit semput, rumah dan kedai berdekatan berhabuk, setiap hari perlu bersih lantai yang hitam, pencemaran alam sekitar serta menyusahkan nelayan mencari rezeki disebabkan pihak yang rakus dan hanya mementingkan diri.

Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka telah diswastakan kepada syarikat KMB Seaport Sdn. Bhd. dan diberi konsesi selama 30 tahun oleh Kerajaan Persekutuan. Kumpulan Melaka Berhad mempunyai kepentingan ekuiti sebanyak 30% dan Seaport Management Services Sdn. Bhd. 70% di dalam penswastaan Pelabuhan Tanjung Bruas Melaka. Sebagai rakan usahasama yang strategik Seaport Terminal melalui syarikat induknya MMC Corporation Berhad mempunyai rangkaian sebanyak 5 pelabuhan yang terdapat di Malaysia

Pelabuhan ini di percayai telah tercemar dan pernah dilaporkan oleh Sinar Harian pada Mei 2017 dimana pengangkutan arang di pelabuhan menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar dan menyusahkan para nelayan untuk mencari rezeki. Namun sejak dari September 2018 sehingga  Oktober 2018 tahap pencemaran paling teruk dan membimbangkan.

Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka yang terletak di Pantai Barat Semenanjung, Malaysia ini adalah berbentuk "T” iaitu panjang jambatan adalah sepanjang 400 meter dan panjang dermaga adalah 175 meter.

Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka boleh menampung panjang kapal sehingga 150 - 160m LOA dan berat dalam muatan kapal sehingga 15,000 dwt dan kedalaman untuk di dermaga  “outer wharf” adalah 12 meter dan di dalam dermaga “ inner wharf” adalah 8.5 meter.

Saksikan video temubual rakyat yang dikutip dari Youtube di kawasan itu yang mengesahkan pencemaran teruk arang batu itu. Jika ia alasan projek BN dulu mengapa sekarang projek ini diteruskkan? Mengapa Ketua Menteri, Exco Pelaburan dan Perumahan 'Pau' wang syarikat ini supaya dapat meneruskan projek  Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas?

Sumber rapat Bahagian PPBM Tangga Batu yang tidak mahu namanya disebutkan mengesahkan perkara ini mengenai kegiatan Rafiq sebagai Exco Melaka.

Ketua Menteri Melaka YB Adly dan Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri Mohd. Rafiq Naizamohideen perlu bertanggungjawab kepada pencemaran lebih teruk. Mereka menyalahgunakan kuasa dan ambil rasuah agar projek ini diteruskan tetapi mengabaikan alam sekitar. 

 

Kredit Video dari Youtube- Dengar apa penduduk kampung kata.Pencemaran teruk. Apa kerajaan PH buat? mereka bukan saja
mengabaikan alam sekitar tetapi 'pau' syarikat untuk dapat dana politik

 

 

4 Comments