14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti
04:11 Nov 05, 2017  |  By SabahKini2
14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti

Apakah Shafie Apdal makin hampir kepada pertuduhan mahkamah?

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 14 syarikat Sabah disyaki terlibat menyeleweng dana kerajaan RM48 juta. Akhbar The Star yang memetik sumber melaporkan pegawai SPRM menyiasat aliran dana sepanjang lebih tujuh tahun melalui laman sesawang syarikat yang rumit. Jumlah berkenaan adalah sebahagian dana RM1.5 bilion yang disalah guna sedang disiasat SPRM.

Bagaimanapun pendedahan media itu bersifat umum dan tidak mendedahkan perihal sebenar siapa Datuk dan pihak yang terlibat dalam penyelewengan dana RM1.5 bilion itu. Sebuah blog Captain M mendedahkan lebih jelas. Benarkah Shafie Apdal tidak takut didakwa SPRM di mahkamah?

'MONEY TRAIL': RM 48 JUTA DUIT SHAFIE APDAL DITEMUI, 14 SYARIKAT MENGAKU BERI DUIT KEPADA ADIKNYA

 

 
1. SPRM dikatakan telah menjejak wang RM48 juta dari 14 syarikat yang yang dikawal oleh adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof, Hamid Apdal dan beberapa kontraktor proksi Shafie Apdal. 9 lagi masih disiasat.
 
2. Sebelum ini SPRM telah membekukan RM180 juta akaun dari beberapa syarikat dan individu. 
 
3. The Star dan The MalaysianInsight turut melaporkan berita ini namun nampaknya media perdana lain menjadi pemerhati mungkin bimbang dari sudut sumber berita.
 
4. Bukanlah sesuatu yang menghairankan dengan 'mark up' harga projek 15% hingga 25 % menggunakan orang tengah seperti Datuk Yusof dan Hamid atau beberapa proksi lain. Bagi projek tender terbuka dan "rundingan terus'  komisen lebih besar dan dikawal oleh orang kepercayaan Shafie Apdal. Biasanya ini lebih mudah. 
 
5. Bagi projek 'tender terhad' dikalangan 10 syarikat terpilih yang ditentukan Shafie Apdal ia memberi peluang kepada menaikkan harga projek. Misalnya jika kos projek itu sekitar RM20 juta, 10 syarikat itu pula akan berpakat meletakkan harga yang tinggi melebihi anggaran projek. Harga terendah dari 'mark up' itulah yang dipilih jawatankuasa harga dan teknikal. Ia kelihatan harga rendah tetapi 
 
6. Shafie Apdal selaku menteri mempunyai ramai 'player' yang boleh diarahkannya untuk menguruskan dana projek. Proksi dikalangan kontraktor juga ramai. Bagaimanapun dikenal pasti ialah Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal. Seorang lagi Datuk Peter Anthony. Kontraktor utama akan berjumpa adik Shafie Apdal membawa 10 syarikat untuk tender terhad bagi setiap projek. Setiap syarikat pula akan dibayar sewa lesen serta token sekitar RM30k hingga RM100k untuk lakonan tender terhad. 
 
7. Norhartaty Rahmat TSUB akan menyediakan kertas projek, permohonan dihantar ke Kementerian Kewangan ditandatangani Shafie Apdal atau KSU KKLW sebagai syarat kerana perolehan kewangan tender terhad RM10 juta perlu kelulusan MOF tertakluk perakuan Lembaga Perolehan A KKLW yang diarahkan Shafie Apdal. Biasanya MOF akan meluluskan jika permohonan Menteri terutama projek NKRA 2010-2013. Hartaty TSUB biasanya bergerak atas surat arahan SUSK atau SUS Menteri KKLW.  Sebab itu Izhar Idrus bekas SUSK Shafie Apdal turut ditahan reman SPRM.
 
 
 
 
 
 
 
 
8. Akhirnya penyimpan duit Shafie Apdal adalah adiknya iaitu Datuk Yusof dan Hamid serta beberapa syarikat seperti milik Datuk Peter Anthony, Sinkong, Andrew dan lain-lain lagi. 
 
9. Lantaran itulah Shafie Apdal wajar dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan AMLA 2001. Beliau menyalah gunakan kuasa mengarahkan kementeriannya menganugerahkan projek kepada 23 syarikat dibawah kawalan adik-adiknya. 
 
10. Hari ini Shafie kata mengugut Tan Sri Musa Aman. Kalau aku Musa Aman aku makan pop corn dan hanya melihat permainan Shafie Apdal. Shafie Apdal sudah sampai peringkat kepada bakal didakwa di mahkamah. Shafie memerlukan masa untuk melawan Tan Sri Musa Aman. 
 
Captain M
31 Oktober 2017
Comment