Kerosakan PPR Batu Sapi: VK Liew hilang, MPS lembab beri bantuan
06:10 Oct 17, 2018  |  By SabahKini2
Kerosakan PPR Batu Sapi: VK Liew hilang, MPS lembab beri bantuan

Mana MP, MPS, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dan mana juga KPKT? Rakyat derita.VK Liew dah tak balik kawasan tengok. Malah bantu pun tidak. Puteri UMNO Batu Sapi terus bantu dan suarakan keperluan rakyat

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan diminta membaik pulih sebanyak tujuh buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi yang menghadapi masalah penyelenggaraan.

Jika MPS tidak dapat membaik pulih ia sepatutnya diuruskan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah atau peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan persekutuan.

Lebih teruk lagi Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk VK Liew tidak pernah melawat atau memberi sumbangan membantu. Tak mungkin peruntukan khas YB Menteri tiada untuk membantu.

Ketua Puteri Umno Batu Sapi, Hazulizah Mohd Dani berkata tiga daripada bangunan PPR itu mengalami kerosakan teruk pada Ogos lalu dan perlu diperbaiki dengan segera.

“Bahagian atap bangunan itu tercabut ekoran hujan lebat dan angin kencang kira-kira dua bulan lalu. Bagaimanapun sehingga hari ini ia masih belum dibaiki lagi.

“Keluarga yang mendiami tiga buah rumah itu tidak dapat mendiami rumah mereka dan terpaksa menyewa di kedai PPR Batu Sapi dan membayar sewa selama dua bulan.

“Mereka mempunyai anak kecil dan atas faktor keselamatan terpaksa menyewa di luar kerana rumah itu tidak selamat untuk di diami. Justeru, saya minta PBT untuk menangani masalah ini. Saya menyeru MPS supaya mempercepat pembaikan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan bagi meringan bebanan kepada keluarga mangsa yang terkena bencana tersebut di Sandakan.

 

 

3 Comments