Janji 100 hari Warisan diteruskan Kg Numbak dan setinggan Sepanggar digazetkan?
15:10 Oct 19, 2018  |  By SabahKini2
Janji 100 hari Warisan diteruskan Kg Numbak dan setinggan Sepanggar digazetkan?

[VIDEO] Selepas 5 bulan memerintah Kerajaan Warisan sedang melakukan proses-proses menggazetkan kampung setinggan. Janji Warisan sebelum PRU14 dalam tempoh 100 hari akan gazetkan kampung-kampung setinggan di Sepanggar termasuk Kg Numbak!

Janji Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar

SEPANGGAR: Datuk Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar sebelum PRU14 lagi telah berjanji akan menunaikan hasrat mengazetkan kampung-kampung setinggan dalam 100 hari pemerintahan Warisan.

Selepas 5 bulan memerintah Kerajaan Warisan sedang melakukan proses-proses menggazetkan kampung setinggan itu

Sumber pejabat rapat Shafie Apdal mendedahkan bahawa banyak kawasan di Sepanggar bakal digazetkan sebagai kampung setinggan termasuk Kg Numbak yang dulu penempatan kecil kini menjadi perkampungan setinggan terbesar di Kota Kinabalu.

Ini menyahut janji Warisan dan Ahli Parlimennya Azis Jamman untuk menjadikan Sepanggar sebagai ‘kawasan parlimen tanpa setinggan’.

“Dalam tempoh 100 hari kerajaan parti warisan kita akan gazetkan semua kampung-kampung yang ada di sana dan kita janjikan bahawa Sepanggar ini sebagai kawasan parlimen tanpa setinggan’. kata Azis.

Setinggan Kg Numbak majoriti dihuni PTI

Dalam satu video yang tular tinjauan netizen meninjau ke kampung Numbak mendedahkan lebih 5 ribu penduduk setinggan di Kg Numbak yang dikatakan majoritinya PTI dan ada kalangan mereka juga mempunyai Kad Pengenalan.

Freddy Fuaddy seorang pengguna facebook yang berasal dari Sepanggar mendedahkan PTI berani membina rumah malah cuba memohon kampung kami sebagai kampung mereka 

“Sampai di simpang kampung saya itu (dalam hutan bakau) hinggalah tepi jalan belakang 1Borneo. Mereka (PTI) semakin berani membuat rumah di sana. Dulu semasa BN beberapa kali rumah itu dirobohkan namun mereka tak takut. Adakah wajar kampung kami mereka mohon sebagai kampung mereka (PTI)”. katanya

Dalam rakaman video setinggan Kg Numbak yang tular perakam video menyatakan kebimbangan mereka.

"Bererti kita orang KDM akan jadi pelarianlah, bayangkan sudah ribuan orang, kami hairan mengapa orang KDM sokong Warisan ni". 

 

 

 

Netizen di Sepanggar tidak hairan jika kg setinggan di Sepanggar digazetkan sebagai kampung bergeran namun mereka menyuarakan rasa bimbang dan tidak senang golongan PTI yang mengambil kesempatan serta bakal meminggirkan warga tempatan.

24 julai lalu Azis Jamman memulakan dengan mengumumkan tapak penempatan mangsa kebakaran untuk 700 orang mangsa kebakaran Kampung Cenderamata 2 Likas di Kampung Darau berdekatan dengan kawasan Alamesra Sepanggar.

Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar

Darau Bantah apabila 16 ekar tanah mereka bakal diberi kepada mangsa terbakar

 Bagaimanapun penduduk Kg Darau di Sepanggar menentang rancangan penempatan baru di tapak 16 ekar tanah itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar ]

Rakyat Sepanggar juga dikejutkan lagi surat dari Dato' Hj Mohd Hisham Hj Abd Fattah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri bertarikh 27 Julai 2018 berhubung surat sokongan perakuan kelulusan LA-2018010117 tapak perkampungan Kg Warisan Jaya di Sepanggar yang dipohon oleh Encik Satar Lipae Pengerusi Penyelaras Kg Warisan diarahkan kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk kelulusan.


Arahan Ketua Setiausaha Politik KM digunakan untuk meluluskan tanah atau kampung yang digazetkan.
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah diarah patuh arahan pejabat KM

[ARTIKEL BERKAITAN - Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar ]

Dari bantahan Darau, desas-desus mangsa kebakaran Likas akan di tempatkan lain di Sepanggar. Maka 17 Ogos lalu seramai 250 orang dari Kampung Boronuon, Timbok, Telipok dan beberapa kampung berdekatan berkumpul membantah rancangan pengambilan tanah kampung mereka dikaitkan penempatan setinggan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Orang Kg Boronuon Sepanggar bantah sebagai pusat penempatan setinggan terbakar ]

 

Ada kemungkinan usaha-usaha untuk menggazetkan kampung setinggan di Parlimen Sepanggar selepas ini bakal dilakukan 'senyap-senyap' memandangkan sebelum ini surat sokongan perakuan kelulusan LA-2018010117 tapak perkampungan Kg Warisan Jaya di Sepanggar tiba-tiba muncul.  Sehingga kini tiada penjelasan rasmi dari kerajaan negeri berhubung kewujudan kampung itu. 

Apakah Kg Numbak bakal digazetkan? Sama-sama menanti keputusannya sama ada ia dilakukan 'senyap-senyap' atau didedahkan kepada umum. Warga Parlimen Sepanggar kini menjadi pemerhati tindakan-tindakan kerajaan Warisan.

 

7 Comments