PM 'U-Turn' dan mengaku hutang Malaysia RM686.8 bilion bukan RM1 trilion
12:10 Oct 19, 2018  |  By SabahKini2
PM 'U-Turn' dan mengaku hutang Malaysia RM686.8 bilion bukan RM1 trilion

Hutang negara RM686.8 bilion dicatatkan dalam dokumen 408 muka surat Kajian Separuh Penggal RMK11, KDNK 5.9 peratus pada tahun 2017. Hutang negara 50.8 peratus.


Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir semalam ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal 2016-2020 di Parlimen mengesahkan bahawa hutang negara hanya RM686.8 bilion bukannya lebih RM1 trilion.

Dokumen setebal 408 mukasurat itu antara lain menyebut bahawa purata pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun 2016-2017 di bawah pentadbiran BN Najib Razak adalah pada kadar 5.1 peratus, iaitu di dalam sasaran 5-6 peratus yang disasarkan, dan mencapai lebih daripada sasaran iaitu 5.9 peratus pada tahun 2017

Kadar hutang negara berbanding KDNK adalah 50.8 peratus lebih rendah berbanding tahun 2016, 52.7 peratus.

Inflasi di bawah pentadbiran Najib Razak juga didapati terkawal iaitu pada kadar 2.9 peratus

 

Rujukan: http://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2018-10-18/CMD.22.2018%20-%20RMK%2011%20BM%20Combine%20file.pdf

 

65 Comments