Gara-gara RM100 ribu Geng 'Kartel Azmin' Sabah ditangkap SPRM 'Kawtim' layak bertanding Ketua Cabang
05:10 Oct 29, 2018  |  By SabahKini2
Gara-gara RM100 ribu Geng 'Kartel Azmin' Sabah ditangkap SPRM 'Kawtim' layak bertanding Ketua Cabang

Rasuah dalam PKR terus kontroversi bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah. Kini Geng 'Kartel Azmin' di Kimanis pula ditahan SPRM kerana cubaan memberi rasuah kepada JPP. Seorang Muflis seorang lagi baru menjadi ahli PKR bertanding Ketua Cabang

Perang pemilihan PKR antara team Rafizi dan Azmin Ali bukan sahaja hebat di Semenanjung tetapi juga kecoh di Sabah.

Sebelum ini Team Rafizi Raymond Ahuar yang bertanding sebagai Timbalan AMK PKR dikaitkan dengan video kes rogol warga Indonesia sehingga membabitkan siasatan polis. Sekali kali lagi Raymond Ahuar dikaitkan ‘Pengundi Hantu’ di pemilihan Selayang. Begitu kuat taktik serangan terhadap team Rafizi.

[ARTIKEL BERKAITAN: 

(VIDEO) Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah didakwa terlibat kes rogol?

Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah dikaitkan kontroversi “Pengundi Hantu” ]

Terbaru dua ahli PKR, termasuk calon ketua PKR cabang Kimanis direman enam hari bermula 27 Oktober lalu bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat kes salah laku rasuah.

Perintah tahanan reman ke atas Awang Kamis Awang Ahmad 46, dan Mohamed Iqbal Awang Damit 47 dikeluarkan Majistret Afiq Agoes berikutan permohonan pegawai SPRM Faliq Basiruddin.

Difahamkan kedua-dua mereka didakwa cuba memberi suapan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR untuk membenarkan calon ketua cabang yang diisytiharkan bankrap bertanding dalam pemilihan parti. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (B) (a) Akta SPRM 2009.

Maklumat suspek ditangkap seperti berikut:

  1. Nama: AWANG KAMIS BN AWANG AHMAD
    No KP: 720127-12-5093
    Umur:  46 Tahun
    Jawatan : Penyandang Ketua Cabang PKR Kimanis /
    Calon Ketua Cabang PKR Kimanis

Tarikh/masa tangkapan: 26.10.2018 @ 2040 hrs

  1. Nama: MOHAMED IQBAL BIN AWANG DAMIT
    No KP: 710130-12-5263  
    Umur:  47 Tahun
    Jawatan : Ahli Biasa PKR
    Tarikh/masa tangkapan: 26.10.2018 @ 2115 hrs

 

Ag Kamis dan Mohamed Iqbal penyokong Azmin Ali

Awang Kamis adalah seorang yang muflis bagi bertanding sebagai Ketua Cabang beliau berjaya ‘kawtim’ dengan Jawatankuasa Pemilihan Parti agar diberi tempoh sehingga 22 Oktober untuk menyelesaikan hutangnya kepada CIMB RM131 ribu di Jabatan Insolvensi.

SPRM menyiasat ‘budak Azmin’ ini sama ada kerana JPP Sabah membenarkan tempoh kelayakan Ag Kamis itu berlakunya unsur rasuah kepada JPP atau tidak.

Beliau dikatakan menjual tanahnya di kawasan Balibata Beaufort seluas 15 ekar dengan harga RM100 ribu dan bakinya didapati dari keluarga dan pihak-pihak lain. Namun tidak dipastikan alasan itu benar atau tidak.

Penyokong kuat Ag Kamis ialah Mohamed Iqbal orang paling lantang dalam membidas PKR dan pasukan lawan. Ag Kamis paling lantang menyerang Duramin yang dikatakan baru saja masuk PKR sudah melawan bos di kawasan. Kempen Azmin di Sabah turut menyindir kumpulan dulu adalah dari UMNO kini telah bertanding Ketua Cabang.

 

Gambar Iqbal orang kuat Ag Kamis yang memegang wang RM100k
ini akhirnya menyebabkan mereka ditangkap SPRM

 

Berlawan dengan team Wan Azizah/Rafizi

Calon Ketua Cabang yang paling licik ialah Ag Duramin Hj Tafa bekas pegawai khas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin (dulu keluar UMNO 5 Mei 2018 sokong Warisan) yang baru saja mendaftar sebagai ahli parti PKR pada 27 April 2018 namun kini bertanding sebagai Ketua Cabang PKR Kimanis. Beliau dikatakan pro Wan Azizah dan Rafizi.

Bergaduh dengan Awang Kamis yang berstatus muflis dan mendapat perkenan dari JPP untuk bertanding pemilihan PKR walaupun hanya 6 bulan sebagai ahli dan kini sudah layak bertanding Ketua Cabang. Sumber mendedahkan yang membuat laporan SPRM berkenaan rasuah kepada JPP Ag Kamis dan Iqbal ialah Ag Duramin Hj Tafa. SPRM juga wajar menyiasat JPP bagaimana beliau layak bertanding sedangkan beberapa bulan saja sebagai ahli.

Sementara itu Pengerusi PKR Sabah yang tidak disukai Anwar Ibrahim, Datuk Christina Liew berkata, pihaknya menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dua ahli parti itu.

“Kita tunggu hasil dan keputusan siasatan berkaitan perkara itu.

“Saya tidak mahu membuat sebarang komen dulu...saya menunggu hasil siasatan yang dibuat (SPRM),” katanya tanpa mengulas lanjut mengenai dua ahli PKR yang direman SPRM selama enam hari, bermula 27 Oktober lalu.

 

 

4 Comments