Belum sempat 'Pegawai Khas' lapor Azhar Matusin pula lapor Sabahkini2
12:10 Oct 30, 2018  |  By SabahKini2
Belum sempat 'Pegawai Khas' lapor Azhar Matusin pula lapor Sabahkini2

Sehingga hari ini Cikgu Mila dan dan Arshad Ghani belum tampil ke hadapan melaporkan kepada pihak polis berhubung dakwaan Adun Karambunai itu.

KOTA KINABALU: Selepas melaporkan individu 'Pegawai Khas' sebelum ini Portal Sabahnewstoday melaporkan Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri, Azhar Matusin membuat satu laporan polis berhubung artikel yang disiarkan oleh blog sabahkini2.com mengaitkan beliau dengan satu urusan jual tanah dan projek.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata laporan itu dibuat agar satu tindakan polis diambil terhadap portal tersebut yang menyiarkan artikel bertajuk `pembantu menteri Warisan heret pegawai khasnya jadi kaki pau urusan jual tanah dan projek’, dalam blog itu, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pembantu Menteri Warisan heret ‘Pegawai Khasnya’ jadi 'kaki pau' urusan jual tanah dan projek ]

Laporan tersebut dibuat oleh Azhar yang diwakili peguamnya, Mohd Al Hafidz Mohd Lokman di Balai Polis Karamunsing pada pukul 3.54 petang tadi.

Dalam laporan itu, Azhar menafikan sekeras-kerasnya artikel tersebut yang sengaja dibuat untuk mengaitkan beliau terhadap isu penjualan lot tanah dan projek.

Katanya, artikel itu mempamerkan beliau sebagai seorang ADUN yang tidak berintegriti dan kandungan artikel itu berniat jahat untuk memburukkan namanya sebagai ADUN di mata masyarakat.

“Akibat daripada artikel itu, orang awam telah mempercayai bahawa saya terlibat dalam isu tersebut dan laporan polis yang saya buat sebelum ini bertarik 24 Oktober 2018 kononnya adalah lakonan dan wayang semata-mata,” katanya.

Sehubungan itu, Azhar berharap pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut terhadap pemilik dan penulis blog sabahkini.com dan blogger Jalinluin yang telah memfitnah, menyakitkan hati, menganiayai dan membuat tuduhan palsu terhadap beliau. 

Sehingga hari ini Cikgu Mila dan dan Arshad Ghani belum tampil ke hadapan melaporkan kepada pihak polis berhubung dakwaan Adun Karambunai itu. Tuduhan terhadap Arshad Ghani individu yang dikatakan "Pegawai Khas' itu merupakan orang kepercayaan Adun Karambunai itu di Sepanggar. Beliau dikatakan pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada bekas Ahli Parlimen Sepanggar Jumat Idris. 

Arshad Ghani dan Cikgu Mila perlu tampil ke depan membersihkan nama mereka dari tuduhan Azhar Matusin Adun Karambunai itu.

Portal Sabahkini2 hanya melaporkan apa yang disampaikan oleh sumber berkenaan 'Pegawai Khas' itu.

Comment