Anwar beri amaran tetapi mengapa tidak arah tutup Jeti 'Skandal Rasuah' Port Dickson?
20:10 Oct 31, 2018  |  By SabahKini2
Anwar beri amaran tetapi mengapa tidak arah tutup Jeti 'Skandal Rasuah' Port Dickson?

Amaran Anwar! akan batalkan projek di Port Dickson jika terdapat unsur rasuah.Pencemaran di Jeti arang batu di PD penuh skandal rasuah bila Anwar nak tutup?

Selepas memenangi Parlimen Port Dickson dengan penuh bergaya Anwar Ibrahim dilaporkan portal TMI memberi amaran akan membatalkan mana-mana projek di Port Dickson sekiranya terdapat unsur rasuah dan pemberian komisen oleh syarikat pemaju.

Bekas menteri kewangan itu berkata perkara itu merupakan antara yang ditegaskannya kepada pihak yang dalam cadangan untuk membina hotel di kawasan pantai peranginan itu. 

“Kalau saya dengar ada yang beri dan terima komisen, saya akan batalkan projek. Jangan ambil duit orang,” katanya pada majlis minum petang bersama 200 veteran tentera di Dewan Bagan Pinang dekat Port Dickson baru-baru ini..

Dalam pada itu, Anwar, yang juga ketua umum PKR, berkata untuk memastikan pembangunan di kawasan itu dilakukan dalam keadaan telus, beliau telah meletakkan tiga syarat kepada syarikat yang ingin membina hotel di Port Dickson.

Tiga syarat tersebut ialah membersihkan kawasan pantai berdekatan hotel dan bersebelahan, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan menyediakan penempatan untuk pekerja.

(VIDEO) Demi Rakyat : Anwar bakal arah tutup Jeti 'Skandal Rasuah' Port Dickson?

Pencemaran Jeti Arang Batu

Laporan Portal Sabahkini2.com sebelum ini melaporkan pencemaran alam sekitar di Port Dickson. Tan Sri Isa tidak pernah pun mengambil tahu mengenai projek arang batu yang mencemar Port Dickson ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Demi Rakyat : Anwar bakal arah tutup Jeti 'Skandal Rasuah' Port Dickson? ]


Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Aminuddin Harun dan Exco Alam Sekitar YB Veerapan A/L Superamaniam malah bekas Ahli Parlimen Port Dickson Dato’ Danyal yang letak jawatan pun hanya goyang kaki.

Jeti itu pula telah usang, banyak kerosakan akibat aktiviti pemungahan arang batu. Keadaan jeti dikhuatiri runtuh pada bila- bila masa dan mengakibatkan kemalangan jiwa jika syarikat atau pengendali sedia ada terus membiarkan lori lebih muatan dan mesin berat menggunakan jeti terbabit tanpa kawal selia yang baik.

[ARTIKEL LANJUT- “Tak kisah arang batu cemari Port Dickson asalkan negeri untung- MB Negeri Sembilan ]

Sekalipun MB Negeri Sembilan mengarahkan menyiasat jeti punggah arang batu itu 19 Ogos lalu namun sehingga kini tidak ada jalan penyelesaian pencemaran arang batu itu akan selesai

Malah kes-kes rasuah berkaitan dengan syarikat pengendali Jeti arang batu itu terus berleluasa.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Lagi Rasuah Anak Syarikat UEM CIMA Dilapor SPRM Selepas tangkapan UEM Sunrise ]

 

 

2 Comments