Jutawan! Gaji Menteri Kabinet tertinggi Malaysia Lim Guan Eng setahun RM1,037,579.04
16:11 Nov 01, 2018  |  By SabahKini2
Jutawan! Gaji Menteri Kabinet tertinggi Malaysia Lim Guan Eng setahun RM1,037,579.04

Lim Guan Eng mencatat pendapatan tertinggi di kalangan Menteri Kabinet iaitu berjumlah RM86,464.92 sebulan. Ia adalah dari gaji Menteri Kewangan, Ahli Parlimen dan juga Adun di Pulau Pinang. Belum di kira di mana-mana BOD.

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencatat pendapatan tertinggi di kalangan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan iaitu berjumlah RM86,464.92.

Ia berdasarkan Portal Pengisytiharan harta anggota Parlimen dan pentadbiran kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedudukan kedua adalah Menteri KPDNKK Dato’Saifuddin Nasution Ismail RM77629.68 disusuli Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengisytiharkan dirinya serta isteri dengan RM75,861.57, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berjumlah RM73,576.15, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebanyak RM72,276.37 dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok sebanyak RM68,142.66.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula berada di kedudukan kesembilan dengan pendapatan sebanyak RM 59,048.33.

Gaji Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempunyaj gaji RM50,253.88 sebulan dan lebih tinggi dari gaji Menteri JPM (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong RM 33,736.48 sebulan.

Maklumat itu dimuat naik ke Portal Pengisytiharan Harta SPRM tanpa memaklumkan butiran terperinci mengenai jumlah itu sama ada bagi tempoh sebulan atau setahun. Bagaimana pun pendapatan itu biasanya adalah pendapatan bulanan.

Portal itu juga memaklumkan setakat ini seramai 46 ahli parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka sementara 77 lagi belum melakukannya.

Manakala seramai 19 anggota pentadbiran kerajaan (Kabinet) sudah mengisytiharkan harta mereka dan 30 lagi belum melakukan perkara yang sama.

 

6 Comments