Shafie Apdal kata jangan ulang tapi VK Liew wakilkan isterinya ‘rasmi majlis’
22:11 Nov 02, 2018  |  By SabahKini2
Shafie Apdal kata jangan ulang tapi VK Liew wakilkan isterinya ‘rasmi majlis’

Shafie kata jangan ulang tapi menjadi trend dikalangan isteri pemimpin warisan kini sebagai wakil utama Ahli Parlimen atau Adun seolah-olah pegawai rasmi dilantik kerajaan seperti Setiausaha Politik tidak berfungsi

KOTA KINABALU: Belum pun reda kontroversi isteri kepada Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar menghantar Datin Hajah Faridah Mohamed isterinya sebagai wakil merasmikan majlis yang dihadiri oleh wakil rakyat seorang lagi Ahli Parlimen Warisan berbuat demikian.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tindakan Menteri Warisan Sabah wakilkan Isteri ke majlis rasmi ‘YB’ dipertikai ]

Datuk VK Liew Ahli Parlimen Warisan Batu Sapi yang juga Menteri Undang-undang dilihat kerap menghantar isterinya Datin Dr Lindai Lee sebagai wakil merasmikan majlis rasmi anjuran pelbagai pihak.

Ia sekaligus membelakangkan arahan Datuk Seri Shafie Apdal agar kejadian mewakil isteri dalam majlis rasmi tidak berulang sekalipun perbuatan itu dllihat tidak salah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri wakilkan Isteri rasmikan Majlis, Shafie kata jangan buat lagi ]

Menjadi trend dikalangan isteri pemimpin warisan kini sebagai wakil utama Ahli Parlimen atau Adun seolah-olah pegawai rasmi dilantik kerajaan seperti Setiausaha Politik, Setiausaha Perhubungan atau Pegawai Khas kawasan tidak berfungsi.

Dalam gambar yang tular di laman sosial facebook menunjukkan Datin Dr Lindai Lee merasmikan Majlis Graduasi 2018 SMK Elupora 2, Graduasi Tahun 6 dan beberapa progran kawasan di PPR atas nama Datuk VK Liew.

 

Ahmad 37, berkata kini isteri menteri Warisan lebih berkuasa dari pegawai Menteri. Pegawai menteri sudah tidak dipercayai berbanding isteri.

“Mungkin Setiausaha Politik dan pegawai dianggap saingan menteri akan datang maka lebih baik mewakilkan isteri. Jika ada wang bantuan pun isteri lebih jujur memberinya berbanding pegawai menteri”.

“Menteri seolah-olah melatih isterinya menjadi pemimpin berbanding pelapis parti”. katanya

Isu isteri wakil merasmikan majlis menjadi buah mulut rakyat di negeri ini selepas gambar ketika majlis itu tular di laman sosial Facebook dan didedahkan media.

Pengguna media sosial melihat walaupun mewakilkan isteri mungkin kelihatan tidak salah tetapi membenarkan isteri sebagai wakil bukan sahaja merendahkan taraf sebagai Wakil Rakyat bertaraf Menteri tetapi dalam masa yang sama tidak menghormati pihak penganjur yang menjemput mereka.

 

7 Comments