Belanjawan 2019 sebagai "tidak ada yang baru" PTPTN pun dulu janji lain- Bung Moktar
06:11 Nov 03, 2018  |  By SabahKini2
Belanjawan 2019 sebagai

Dulu menteri cakap gaji RM4,000 baru potong (untuk bayar hutang PTPTN), sekarang gaji RM1,000 pun dipotong dua peratus,. Bajet 2019 tiada yang baru

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mempertikaikan pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2018 berhubung pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Dulu menteri cakap gaji RM4,000 baru potong (untuk bayar hutang PTPTN), sekarang gaji RM1,000 pun dipotong dua peratus," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat hari ini.

Bung Moktar merujuk pengumuman pembayaran balik hutang PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam, bergantung kepada paras pendapatan peminjam.

Dalam ucapan pembentangannya, Lim berkata pembayaran balik itu terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini, antara janji Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan, selain memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

Penangguhan bayaran dan pemansuhan senarai hitam itu kini sudah dilaksanakan.

Dalam ucapannya, Lim tidak mengulas lanjut sama ada pembayaran hutang PTPTN bagi golongan bergaji RM1,000 itu mandatori atau tidak.

Sementara itu, Bung Moktar juga menyifatkan Belanjawan 2019 sebagai "tidak ada yang baru" dan hanyalah merupakan kesinambungan belanjawan yang dibentangkan BN ketika menjadi kerajaan.

"Lebih kurang ciplak, tak ada yang baru. Wakil rakyat pun banyak yang mengantuk.

"Nama kerajaan baru bunyi sedap tapi pelaksanaannya tidak nampak baru. Kebanyakan bajet ini cuma kesinambungan bajet kerajaan lalu," katanya.

Comment