Walaupun ‘Blackout’ Geng Rafizi dan Azmin terus berlawan di Cabang Kimanis
16:11 Nov 04, 2018  |  By SabahKini2
Walaupun ‘Blackout’ Geng Rafizi dan Azmin terus berlawan di Cabang Kimanis

Sekalipun calon Ketua Cabang pro Azmin Muflis dan calon pro Rafizi kurang setahun sebagai ahli PKR perang Geng Azmin dan Rafizi diteruskan di Cabang Kimanis. Walaupun hujan lebat dan 'blackout' yang pasti mereka akan terus berlawan!

KIMANIS: Penyandang Ketua Cabang PKR Kimanis, Awang Kamis Ag Ahmad yang sebelum ini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan parti yang berlangsung di Dewan Sri Lakim, Kampung Rancangan Kimanis di sini, hari ini.

Awang Kamis, berkata tiada bantahan untuknya bertanding pada pemilihan kali ini.

“Ya saya bertanding mempertahankan jawatan dan tiada masalah. Berdasarkan perlembagaan parti, saya tiada masalah untuk bertanding,” katanya ketika ditanya sama ada siasatan dijalankan SPRM terhadapnya menyebabkan dia tidak dibenarkan bertanding.

Sebelum ini, beliau bersama seorang lagi ahli PKR Kimanis Mohamed Igbal ditahan reman enam hari oleh SPRM kerana didakwa memberi rasuah kepada JPP kerana memohon penangguhan beliau seorang muflis.

[ARTIKEL BERKAITAN- Gara-gara RM100 ribu Geng 'Kartel Azmin' Sabah ditangkap SPRM 'Kawtim' layak bertanding Ketua Cabang ]

Gara-gara RM100 ribu Geng 'Kartel Azmin' Sabah ditangkap SPRM 'Kawtim' layak bertanding Ketua Cabang

Dalam pertandingan bagi jawatan ketua cabang, Awang Kamis berdepan saingan satu lawan satu dengan Ag Duramin Tafa yang dilaporkan baru enam bulan sebagai ahli parti PKR. Pasukan Awang Kamis telah membuar aduan namun setakat ini Ag Duramin masih layak bertanding.

Azmin dalam lawatannya ke SabaH September lalu menyindir kumpulan bekas UMNO yang baru beberapa bulan menyertai PKR kini bertanding Ketua Cabang.

Awang Kamis turut menuntut permohonan maaf daripada pihak yang memfitnah beliau telah memberikan sogokan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat.

Beliau menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap semua pihak yang terbabit dan bertanggunjawab menyebar tohmahan itu sehingga menyebabkan penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lalu.

Sementara itu, suasana pengundian cabang Kimanis nampaknya terganggu dengan faktor cuaca apabila hujan lebat dan terputusnya bekalan elektrik (Blackout) di dewan pengundian.

Awang Kamis adalah dari pasukan penyokong Azmin Ali dan Ag Duramin Tafa dari pasukan Rafizi Ramli.

Hujan lebat dan 'blackout'

 

Comment