Musa Aman mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM2 juta
15:11 Nov 05, 2018  |  By SabahKini2
Musa Aman mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM2 juta

Mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Mahkamah Sesyen membenarkan Tan Sri Musa Aman diikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM2 juta dengan dua penjamin

KUALA LUMPUR - Tan Sri Musa Aman didakwa atas 35 pertuduhan memperoleh AS$63.3 juta (RM263 juta) erhubung penganugerahan kontrak konsesi balak negeri itu, 13 tahun lalu.

Musa, 67, yang memakai sut hitam dan bertongkat bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

"Mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan," katanya yang berada di dalam kandang tertuduh

Kesemua pertuduhan adalah di bawah Seksyen (11a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang merujuk kepada kesalahan memberi atau menerima suapan oleh ejen.

Berdasarkan pertuduhan, Pengerusi BN Sabah itu dituduh memperoleh suapan daripada Lim Nyuk Foh, Looh Chai Boon, Chia Tien Foh, Mazlan Zakaria, Lo Man Hen, Ngui Ing Chuang melalui akaun luar negara sebagai dorongan untuk memberi kontrak konsesi balak terhadap 15 buah syarikat.

Syarikat-syarikat itu ialah Syarikat Boubtiful Returns Sdn Bhd, Syarikat Segar Tepat Sdn. dan JV Lestari Sdn Bhd, Tamabina Sdn. Bhd, Sabapiorneer Sdn Bhd, Danagaya Sdn. Bhd, LR Enterprise Sdn. Bhd, Lembah Mayang Sdn bhd dan Fast Progress Sdn. Bhd, Maju Sinar Network Sdn. Bhd, Syarikat Eden Region Sdn. Bhd Gasing Selatan Sdn. Bhd, Tetap Simfoni Sdn Bhd, Asiatic Lumber Industries Sdn. bhd dan Eramewa Sdn. Bhd

Mahkamah Sesyen membenarkan  Tan Sri Musa Aman diikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM2 juta dengan dua penjamin

13 Comments