Azmin menang pemilihan Sabah mendahului 1,574 undi namun Rafizi masih ada peluang
12:11 Nov 06, 2018  |  By SabahKini2
Azmin menang pemilihan Sabah mendahului 1,574 undi namun Rafizi masih ada peluang

Azmin memperoleh keseluruhan 10,466 undi berbanding pencabarnya Mohd Rafizi Ramli di 24 daripada 25 cabang parti yang selesai mengundi. Rafizi meraih 8,872 undi, ketinggalan 1,574 undi di belakang Azmin.

KOTA KINABALU: Keputusan tidak rasmi pemilihan PKR untuk negeri Sabah yang berlangsung selama 2 hari mencatatkan kemenangan bagi timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali setelah mendapat lebih 10,000 undi.

Azmin memperoleh keseluruhan 10,466 undi berbanding pencabarnya Mohd Rafizi Ramli di 24 daripada 25 cabang parti yang selesai mengundi. Rafizi meraih 8,872 undi, ketinggalan 1,574 undi di belakang Azmin.

Azmin, yang juga merupakan menteri hal-ehwal ekonomi, menang di 15 cabang, sementara Rafizi unggul di 9 cabang.

Angka ini bagaimanapun tidak termasuk undi dari cabang Keningau yang masih tergantung berikutan pertikaian yang menyaksikan perbalahan antara Rafizi dengan beberapa anggota parti itu.

Timbalan pengerusi PKR Sabah Kenny Chua berkata, pengundian di Keningau dibatalkan, tetapi tidak menyatakan sebab keputusan itu dibuat.

Difahamkan proses e-undi di cabang itu, yang dilihat sebagai kubu kuat Rafizi dengan lebih 7,000 anggota, terganggu oleh sebab masalah sambungan internet.

Peluang Rafizi memenangi Sabah masih terbuka jika penentuan cabang Keningau itu diadakan pengundian semula

3 Comments