Rumah di Pulau Omadal Semporna terbakar Shafie Apdal hilang kerana dipanggil SPRM
21:11 Nov 06, 2017  |  By SabahKini2
Rumah di Pulau Omadal Semporna terbakar Shafie Apdal hilang kerana dipanggil SPRM

5 rumah terbakar 30 hilang tempat tinggal. Sementara itu Shafie Apdal MP Semporna berada di Sabah kerana disiasat SPRM kes Asli Jati Engineering

SEMPORNA: Lebih 30 penduduk hilang tempat tinggal selepas lima rumah di Pulau Omadal dekat sini, musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

 Kebakaran jam 1 tengah hari itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dan memusnahkan empat lagi rumah, manakala sebuah lagi kediaman terbakar 40 peratus.

 Tindakan pantas bomba dapat menyelamatkan puluhan lagi rumah yang terletak berhampiran daripada turut musnah.

 Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.15 tengah hari sebelum menghantar tujuh anggota ke lokasi.

 

 

 Katanya, bomba kemudian mendapatkan bantuan bot Pasukan Polis Marin (PPM) untuk ke pulau berkenaan.

 "Sebaik tiba, operasi memadam kebakaran dijalankan menggunakan pam angkut sambil dibantu penduduk kampung sebelum api berjaya dikawal jam 3.30 petang," katanya ketika dihubungi di sini.

 Fazizul berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

Comment