13 Adun Sabah termasuk Warisan dan UPKO dijangka ‘lompat parti’ sertai GBS?
11:11 Nov 06, 2018  |  By SabahKini2
13 Adun Sabah termasuk Warisan dan UPKO dijangka ‘lompat parti’ sertai GBS?

Menjelang keputusan siapa Ketua Menteri sah esok spekulasi lebih 10 Adun PH/UPKO/ Warisan bakal menyertai GBS jika keputusan memihak kepada Tan Sri Musa Aman esok. Hanya 'tunggu dan lihat' esok pasti menggugat Warisan/PH.

KOTA KINABALU- Portal The Malaysian Insight melaporkan 11 ahli Parlimen di Sabah (sebenarnya Adun) akan meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) menjelang keputusan mahkamah berhubung saman ketua menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri itu dikatakan dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dan bekas Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Antara dua Adun Upko yang dikatakan menyertai GBS ialah Bobbey Suan Upko-Nabawan) dan Masiung Banah (Upko-Kuamut) selain adun bebas bekas Adun UMNO iaitu Saddi Abd Rahman,” kata sumber itu.

Sumber portal Sabahkini2 pula melaporkan sebenar lebih 11 Adun bakal menyertai GBS iaitu termasuk beberapa Menteri dan Pembantu Menteri Warisan yang dikenal pasti bersedia menyertai GBS sekiranya kemenangan berpihak kepada Musa Aman.

“semua adun sedang ‘Tunggu dan lihat’ apa yang bakal berlaku esok”. kata sumber itu.

Sudah tentu bahang dan panasnya terasa yang mungkin menyebabkan kedudukan kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH), Warisan dan Upko tergugat.

Gabungan Warisan-PH-Upko kini mempunyai 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk enam Adun yang dilantik, manakala GBS mempunyai 21 Adun termasuk seorang Adun bebas.

Gabungan GBS melibatkan PBS, Umno Sabah, Solidariti dan PBRS.

Keputusan keluar parti itu dijangka berlaku esok bergantung kepada keputusan Mahkamah Tinggi Sabah berhubung saman Ketua Menteri oleh Musa Aman.

Jeffrey turut mengesahkan satu majlis akan diadakan bagi mengalu-alukan dua Adun Sabah, Elron (PBRS) dan Bobbey Suan (Upko) yang meletak jawatan semalam.
Sementara itu dalam satu mesej aplikasi whatapps menyatakan Tan Sri Musa Aman dijangka tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu esok jam 12.15 tengahari melalui penerbangan MAS. 

Dijangka ribuan penyokong Musa esok menyambut kepulangannya untuk hadir sama di Mahkamah bagi menanti keputusan kes siapa Ketua Menteri yang sah.

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah menasihatkan agar penyokong bertenang dan mematuhi undang-undang dalam perhimpunan itu.

48 Comments