UPKO berhadapan risiko dibatalkan ROS?
18:11 Nov 06, 2018  |  By SabahKini2
UPKO berhadapan risiko dibatalkan ROS?

UPKO berisiko untuk dibatalkan kerana melanggar akta pertubuhan apatah lagi UPKO sudah mengetahui pindaan perlembagaan mereka sebelum ini tidak diluluskan namun tetap melaksana Persidangan Perwakilan Tritahunan ke 15, 14 Oktober lalu.

KOTA KINABALU: UPKO mengalami krisis apabila dikatakan beberapa pemimpinnya bakal keluar parti menjelang keputusan penentuan siapa Ketua Menteri Sabah yang sah.

Hari ini tular 13 pemimpin dari Warisan dan UPKO bakal menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS). Sumber mengesahkan perundingan telah dibuat beberapa bulan lalu sebelum kes di putuskan di mahkamah.

[ARTIKEL BERKAITAN: 13 Adun Sabah termasuk Warisan dan UPKO dijangka ‘lompat parti’ sertai GBS? ]

Adun Nabawan Bobbey Suan telah dipujuk beberapa bulan lalu oleh Presiden UPKO Madius Tangau namun terpaksa akur apabila Bobbey keluar UPKO semalam.

Turut memberi tamparan ialah kekalahan memalukan Presiden UPKO, Wilfred Madius Tangau sebagai Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) untuk sesi 2018-2021, 4 Oktober lalu.

Sekalipun Madius Tangau menggunakan posisinya jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah atas alasan memajukan KDMR nampakya KDCA tetap menolak kerana pengkhianatannya pada 11 Mei lalu kepada pemimpin KDM untuk bersekongkol dengan Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sekongkol Warisan: Tangau kalah memalukan, KDMR tolak ‘Pengkhianat Bangsa’ ]

 

Krisis baru: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bakal batalkan Upko?

Selepas PRU 14, 26 Mei lalu, Madius Tangau selaku Pemangku Presiden UPKO telah mengadakan Persidangan Luar Biasa UPKO 2018 meluluskan tiga usul sempena persidangan berkenaan iaitu menyokong keputusan Majlis Tertinggi untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tritahunan Cawangan dan Bahagian serta persidangan perwakilan tritahunan, tidak melebihi enam bulan daripada 21 April 2018.

Persidangan Khas Luar biasa itu antara lain menyokong dan mengiktiraf keputusan Majlis Tertinggi UPKO untuk keluar daripada gagasan Barisan Nasional (BN); dan tindakan parti menubuhkan kerajaan campuran bersama WARISAN, DAP dan PKR bagi meneruskan perjuangan parti serta meluluskan usul pindaan perlembagaan parti.

Bagaimanapun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) masih belum meluluskan pindaan perlembagaan yang dibuat dalam Persidangan Khas Luar Biasa itu.

14 Oktober lalu Wilfred Madius Tangau dan Datuk Donald Mojuntin sah secara rasmi menjadi presiden dan timbalan presiden UPKO bagi tempoh 2018-2021 (menang tanpa bertanding) dalam Persidangan Perwakilan Tritahunan ke 15 yang ditangguhkan sebelum ini.

Bukan itu sahaja lima jawatan naib presiden keempat-empat wakil rakyat Upko Datuk Ewon Benedick (Kadamaian), Datuk Masiung Banah (Kuamut), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu), Datuk Abidin Madingkir (Paginatan) dan seorang senator iaitu Datuk Dr Lukas Umbul turut menang tanpa pertandingan.

Senator bagi jawatan-jawatan exco pergerakan Pemuda, Wanita dan Komulakan, kesemuanya juga tidak dipertandingkan. Walaupun 457 perwakilan itu membuang undi memilih 16 daripada 25 calon yang bertanding bagi jawatan ahli majlis tertinggi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas.


Pindaan Perlembagaan UPKO tidak diluluskan

Melalui surat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bertarikh 11 Oktober 2018 rujukan PPM/SBH 0336/94 JLD.3 (2) yang ditandatangani oleh Masyati binti Abang Ibrahim Ketua Pengarah JPPM dialamatkan kepada Setiausaha Agung UPKO jelas MENOLAK dan TIDAK MELULUSKAN permohonan pindaan undang-undang UPKO.

Sekalipun surat UPKO bertarikh 3 September dijawab oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftaran 10 Oktober tidak meluluskan pindaan perlembagaan UPKO namun UPKO meneruskan Persidangan Perwakilan Tritahunan ke 15 pada 14 Oktober dan melantik jawatankuasanya. Jawatankuasa ini dipaparkan oleh semua media di Malaysia.

JPPM menjelaskan di bawah Seksyen 11, Akta Pertubuhan 1966 untuk menguatkuasakan undang-undang baru/ pindaan undang-undang/ penukaran nama/alamat pertubuhan tidak boleh dibuat tanpa mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

“Sekiranya kesalahan ini disabitkan, pertubuhan dan tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM3000.00”. Menurut surat arahan Ketua Pengarah JPPM itu.

Ini bermakna UPKO berisiko untuk dibatalkan kerana melanggar akta pertubuhan apatah lagi UPKO sudah mengetahui pindaan perlembagaan mereka sebelum ini tidak diluluskan namun tetap melaksana Persidangan Perwakilan Tritahunan 14 Oktober lalu

Oleh itu segala keputusan, pemilihan jawatankuasa dan perlembagaan parti adalah tidak sah. Semua jawatankuasa baru yang dibentuk secara tidak sah jelas bertentangan dengan Seksyen 11, Akta Pertubuhan 1966.

Senarai Pemimpin UPKO Pusat bagi penggal 2018-2021 
yang tidak sah

Pengerusi Tetap : Datuk Michael Malanjun
Timbalan Pengerusi Tetap: Fredoline Jominoh

Presiden: Datuk Seri Wilfred Madius Tangau

Timbalan Presiden: Datuk Donald Mojuntin

Naib Presiden I: Datuk Ewon Benedick
2: Datuk Limus Juri
3: Datuk Masiung Banah
4: Datuk Dr Lucas Umbul
5: Datuk Abidin Madingkir
6: Datuk Pangiran Lalong (Lantikan)
7: Datuk Gilbert Sham (Lantikan)

Setiausaha Agung: Nelson Angang
Timbalan Setiausaha Agung: Datuk Wong Thien Fook

Bendahari: Datuk Verdon Bahada
Timbalan Bendahari: Sualim Gopog

Ketua Penerangan: Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu
Timbalan Ketua Penerangan: Albert Bingkasan

Setiausaha Penganjur: Monih Epin

Ketua pemuda pusat: Felix Joseph Saang (Beluran)

Timbalan Ketua Pemuda Pusat: Kennedy John (Keningau)

Naib ketua: Petrus C Mojuntin (Penampang)

Ketua Wanita Pusat: Datin Juliana Jani (Keningau)

Timbalan Ketua Wanita Pusat: Nazlin Jemandan (Penampang)

Naib Ketua Wanita Pusat: Misnah Rambanau (Tuaran)

Ketua Komulakan -Willy Frous Darinsok (Kinabatangan)

Timbalan Ketua Komulakan – Selvestone Junit (Kudat)

Naib ketua komulakan- Mohd Affi Bazli Liman (Kota Kinabalu)

JPPM dan kerajaan PH tidak boleh bertolak ansur dengan kesalahan besar ini. UPKO perlu digantung buat sementara waktu dan UPKO bukan lagi semua parti yang sah dalam gabungan Pakatan Harapan Sabah iaitu dengan Warisan, DAP dan PKR sehingga status mereka diluluskan semula JPPM.- Sabahkini2

 

6 Comments