Apa salah sebut nama Nazri? Dia Menteri JPM sama seperti VK Liew bersihkan nama Shafie
12:11 Nov 07, 2018  |  By SabahKini2
Apa salah sebut nama Nazri? Dia Menteri JPM sama seperti VK Liew bersihkan nama Shafie

Apa masalah Musa sebut nama Nazri? Ia hanya merujuk kepada Nazri sebagai Menteri yang membaca jawapan yang diberi oleh Pejabat Peguam Negara dan SPRM sama seperti VK Liew bersihkan nama Shafie di Parlimen 2018

Oleh: Fakhrul Razi Sapian

Portal The MalaysianInsight melaporkan menteri JPM (Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen) Datuk Seri Nazri Aziz menepis dakwaan kononnya beliau ‘membersihkan’ bekas ketua menteri Sabah Musa Aman atas dakwaan rasuah pada 2012.

Selepas dikenakan 35 dakwaan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Musa memaklumkan beliau terkejut dengan pertuduhan yang dihadapinya sedangkan namanya sudah dibersihkan di Parlimen pada 10 hingga 14 tahun lalu.

“Kenapa (ia menjadi isu) sekali lagi? Dakwaan ini sudah dibersihkan oleh menteri ketika itu di Parlimen, Nazri Aziz,” kata Musa.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Ini kes lama sudah dibersihkan di parlimen, saya akan lawan- Musa ]

Bagaimanapun Nazri menyatakan Suruhajaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang membersihkan tuduhan ke atas Musa.

“Ia adalah SPRM, bukannya saya,” kata Nazri sambil menambah bahawa semua kenyataan yang dibuat di dalam atau luar Parlimen berhubung pertuduhan rasuah ketika itu diluluskan oleh SPRM.

“Saya tidak boleh membuat kenyataan peribadi kerana SPRM merupakan badan bebas.

“Sebagai menteri, saya tidak boleh campur tangan dengan keputusan SPRM. Kenyataan saya adalah berdasarkan kepada perkara yang mereka mahu saya umumkan,” katanya. 

Nazri yang merupakan menteri hal ehwal undang-undang pada 2012, memaklumkan Parlimen bahawa Jabatan Peguam Negara tidak menemukan sebarang unsur-unsur rasuah yang dibangkitkan oleh SPRM pada masa itu.

Apa masalah Musa menyebut nama Nazri? Ia hanya merujuk kepada Nazri sebagai Menteri yang membaca jawapan yang diberi oleh Pejabat Peguam Negara dan SPRM. Nazri membacakan jawapan dari kementeriannya.

Datuk V.K Liew Menteri JPM bersihkan nama Shafie Apdal kes rasuah KKLW

Bukankah perkara sama dilakukan oleh Menteri JPM (Undang-undang) pada 28 Ogos lalu apabila membacakan jawapan kementeriannya berhubung status kes rasuah Shafie Apdal?

Bahawa Datuk Liew Vui Keong Menteri JPM berkata Pejabat Peguam Negara mengesahkan Mohd Shafie tidak akan didakwa berikutan tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu.

Tiada bukti dapat mengaitkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam penyalahgunaan dana RM1.5 bilion di Sabah ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

 “Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada 23 Mei lalu dan selepas diteliti, Pendakwa Raya pada 20 Jun lalu memutuskan pendakwaan tidak diteruskan kerana bukti tidak mencukupi bagi tindakan selanjutnya.

“Pejabat Peguam Negara kemudian memutuskan kes berkenaan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan ‘kes untuk simpan’ (KUS) kerana bukti tidak mencukupi,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Jamilah Sulaiman di Dewan Negara, hari ini.

Mohd Shafie sebelum ini ditahan SPRM mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 (Reman SPRM hampir 14 hari) berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara tahun 2009 hingga 2015 (Projek KPI NKRA).

Sebagaimana Nazri membacakan jawapan kementeriannya pada Oktober 2012 maka tiada salah menyebut nama Nazri Menteri ketika itu sebagaimana VK Liew dikatakan membersihkan nama Shafie pada tahun 2018 yang membacakan jawapan dari SPRM dan Peguam Negara.

Jadi kenapa pula Nazri mahu melenting? Posisi Nazri dan Datuk VK Liew sama saja Menteri JPM. 

2 Comments