Demi Perlembagaan Negeri Musa Aman akan fail rayuan
17:11 Nov 07, 2018  |  By SabahKini2
Demi Perlembagaan Negeri Musa Aman  akan fail rayuan

Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat KM. Jadi rayuan perlu dibuat

KOTA KINABALU: Tan Sri Musa Aman akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan  Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonannya  mencabar status pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal melalui angkat sumpah kedua.

Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Yew Jen Kie  susulan saman pemula difailkan Musa untuk mencabar pelantikan Shafie pada 10 Mei lalu, sebagai tidak berperlembagaan.

kata Musa ini mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat Ketua Menteri

Kenyataan Penuh Tan Sri Musa Aman

Saya mengucapkan terima kasih kepada mahkamah, keluarga, pasukan peguam dan semua penyokong setia yang sentiasa menjunjung dan menghormati Perlembagaan Negeri Sabah.

Sudah tentu kita berasa kecewa dengan keputusan pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri atau tidak.

Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat KM. Saya berpendapat bahawa isu ini belum selesai sepenuhnya pada hari ini. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini.

Tan Sri Musa Haji Aman
Kota Kinabalu, November 7, 2018.

13 Comments