Shafie harap tidak diganggu lagi
02:11 Nov 08, 2018  |  By SabahKini2
Shafie harap tidak diganggu lagi

Saya berharap jangan ada lagi pihak-pihak tertentu mempunyai tanggapan berbagai sehingga dapat melambatkan (proses pentadbiran kerajaan negeri),”

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang hari ini diisytiharkan sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah oleh Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, berharap tiada lagi gangguan terhadap pentadbiran kerajaan baharu negeri Sabah untuk membangunkan dan membela rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas mahkamah membuat keputusan itu, Mohd Shafie berkata gangguan terhadap kelancaran pentadbiran kerajaan negeri boleh membantutkan pelbagai usaha pembangunan negeri, termasuk keyakinan pelabur.

“Hala tuju kami adalah untuk membangunkan Sabah dan membela rakyat. Ini yang penting. Saya berharap jangan ada lagi pihak-pihak tertentu mempunyai tanggapan berbagai sehingga dapat melambatkan (proses pentadbiran kerajaan negeri),” katanya.

Mohd Shafie, yang dijadual membentangkan Belanjawan Sabah 2019 pada Jumaat (9 Nov) ini, berharap pihak pembangkang dapat memainkan peranan yang efektif dengan memberi teguran membina kepada kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan dan UPKO.

Berhubung keputusan Hakim Datuk Yew Jen Kie itu, beliau berharap semua pihak menerima keputusan mahkamah dengan baik dan memberi tumpuan terhadap pembangunan Sabah.

5 Comments