DBP bayar 'Sogit' kepada Murut Sabah
04:11 Nov 07, 2017  |  By SabahKini2
DBP bayar 'Sogit' kepada Murut Sabah

DBP bayar 'Sogit' atau denda akibat kesalahan fakta kematian masyarakat Murut Sabah

PETALING JAYA: Pegawai tinggi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghadiri upacara sembelihan seekor kerbau di Tenom, Sabah, hujung minggu lalu sebagai tanda permohonan maaf kepada masyarakat Murut di Sabah, susulan kesalahan fakta mengenai adat kematian Murut seperti diterbitkan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 1.

Ia selepas Persatuan Murut Sabah (PMS) memutuskan untuk mengenakan denda “sogit” berupa seekor kerbau, sebagai tanda perdamaian kedua-dua pihak susulan permohonan maaf DBP tahun lalu.

“Kami bersyukur kepada Tuhan atas pertemuan aman ini. Malah setiap bentuk keamanan diterjemahkan berdasarkan adat resam Murut. Kami bersedia memaafkan DBP atas kesilapan itu,” kata presiden PMS, Datuk Rubin Balang, yang juga Ketua Umno Tenom, dipetik akhbar itu.

Sogit merupakan denda yang diamalkan sejak turun temurun, dan dikenakan ke atas mereka yang melanggar adat Murut.

Tahun lalu, DBP memohon maaf selepas protes beberapa pihak di Sabah terhadap kesalahan fakta mengenai upacara kematian Murut.

Comment