UPKO Batal: SU Agung UPKO kata 10 Oktober 'OK', ROS kata 11 Oktober 'TAK OK'
21:11 Nov 09, 2018  |  By SabahKini2
UPKO Batal: SU Agung UPKO kata 10 Oktober 'OK', ROS kata 11 Oktober 'TAK OK'

Netizen mencabar Setiausaha Agung Upko mendedahkan kandungan surat JPPM bertarikh 10 Oktober 2018. Jika Upko betul apa perlunya surat JPPM bertarikh 11 Oktober 2018 menolak pindaan Perlembagaan?

KOTA KINABALU: Portal SabahNewsToday melaporkan Upko berhadapan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) adalah tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung, Nelson Anggang berkata Persidangan Perwakilan Tritahunan Upkonyang diadakan baru-baru ini di mana Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain telah dipilih adalah sah dan telah mendapat kebenaran daripada RoS untuk diteruskan.

Ini berdasarkan kepada surat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bertarikh 10 Oktober 2018 daripada Ketua Pengarahnya, Masyati Abang Ibrahim yang telah secara jelas menyatakan bahawa Upko boleh menjalankan segala aktiviti pertubuhan berdaftar selaras dengan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan dan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], kata Nelson.

Menurutnya, Datuk Donald Mojuntin, Setiausaha Agung Upko pada ketika itu juga telah dipanggil oleh RoS untuk diterangkan berkenaan keputusan tersebut.

Penerangan itu telah dibuat oleh Masyati bersama beberapa pegawai kanan RoS.

RoS menjelaskan kepada Donald dan beberapa pemimpin parti yang hadir bahawa Upko boleh meneruskan segala aktiviti pertubuhan termasuk Persidangan Tritahunan yang bermula pada 12 sehingga 14 Oktober 2018 yang lepas.

Nelson berkata dalam Persidangan Tritahunan Upko tersebut, Donald telah menerangkan secara jelas dan terbuka bahawa terdapat beberapa aduan yang telah dibuat kepada RoS.

“Berikutan itu RoS telah menjalankan siasatan terhadap Upko dan hasil siasatan Upko dibersihkan daripada kesemua aduan-aduan tersebut dan boleh meneruskan segala aktiviti parti,” katanya.

Turut dijelaskan kepada semua perwakilan persidangan Tritahunan Upko tersebut bahawa walaupun pindaan perlembagaan Upko tidak diluluskan oleh RoS namun ianya tidak sama sekali menjejaskan apa-apa aktiviti parti termasuk menjalankan persidangan tritahunan, kata Nelson.

“Bahkan, pihak RoS berpuas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh Upko untuk mengadakan Persidangan Luar Biasa yang mana telah menjelaskan kepada perwakilan berkenaan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh parti Upko.

“Jelas sekali yang sengaja memutar belit dan membuat andaian segala itu mempunyai niat jahat untuk memfitnah Upko,” katanya.

Nelson berkata ini bukan kali pertama tuduhan serta fitnah sedemikian dibuat terhadap Upko dan para pemimpinnya oleh pihak tertentu.

“Pelbagai laporan polis telah dibuat terhadap kenyataan-kenyataan fitnah yang dibuat dan kita sangat mengharapkan tindakan yang setimpal akan diambil dalam masa terdekat,” katanya.

Portal Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan Upko berisiko untuk dibatalkan kerana melanggar akta pertubuhan apatah lagi Upko sudah mengetahui pindaan perlembagaan mereka sebelum ini tidak diluluskan namun tetap melaksana Persidangan Perwakilan Tritahunan ke 15, 14 Oktober lalu.

Nelson mengesahkan surat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bertarikh 10 Oktober 2018 bagaimanapun surat didedahkan portal Sabahkini2 bertarikh 11 Oktober 2018 rujukan PPM/SBH 0336/94 JLD.3 (2) yang ditandatangani oleh Masyati binti Abang Ibrahim Ketua Pengarah JPPM dialamatkan kepada Setiausaha Agung UPKO jelas kekal MENOLAK dan TIDAK MELULUSKAN permohonan pindaan undang-undang UPKO.

[ARTIKEL BERKAITAN- UPKO berhadapan risiko dibatalkan ROS?

 

Surat RoS bertarikh 11 Oktober 2018 memaklumkan kekal menolak sebagaimana surat 10 Oktober 2018

JPPM menjelaskan di bawah Seksyen 11, Akta Pertubuhan 1966 untuk menguatkuasakan undang-undang baru/ pindaan undang-undang/ penukaran nama/alamat pertubuhan tidak boleh dibuat tanpa mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

“Sekiranya kesalahan ini disabitkan, pertubuhan dan tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM3000.00”. Menurut surat arahan Ketua Pengarah JPPM itu.

JPPM tidak boleh 'Double Standard' agensi itu sepatutnya bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang kerana melanggar Akta Pertubuhan setidaknya denda kepada semua AJK Upko tidak lebih RM3000.00.

Netizen turut mencabar Nelson Anggang Setiausaha Agung Upko  mendedahkan kandungan surat JPPM bertarikh 10 Oktober 2018. Jika semua apa yang Upko lakukan benar serta tidak melanggar Akta Pertubuhan apa perlunya pula surat JPPM bertarikh 11 Oktober 2018 yang menolak pindaan Perlembagaan Upko.

 

1 Comment