Kini Tanah Teluk Likas pula YB dan penyokong Warisan 'Pau' guna kuasa TYT Sabah!
17:11 Nov 11, 2018  |  By SabahKini2
Kini Tanah Teluk Likas pula YB dan penyokong Warisan 'Pau' guna kuasa TYT Sabah!

Sebelum ini kecoh mengenai YB Azhar Adun Karambunai dan pembantunya Arsad Ghani dikaitkan projek dan permohonan tanah.Kini rupanya penyokong Warisan diketuai Arsad itu menggunakan sokongan TYT untuk kelulusan tanah.

KOTA KINABALU: Selepas tular dan kecoh surat permohonan 180 ekar tanah di Kg Biah Skim, Jalan Sook di Daerah Kecil Sook kini muncul pula gerakan baru dari penggerak Warisan menggunakan nama Tuan Yang Terutama Negeri Sabah untuk memohon tanah kerajaan negeri bagi penempatan pendatang asing, setinggan atau orang-orang Warisan Likas.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook! ]

Surat permohonan yang tular adalah atas nama Arsad Ghani (My kad 690529-12-564) individu ‘orang kanan’ yang dikaitkan dengan Adun Karambunai Azhar Matusin baru-baru ini yang dikatakan terlibat berseokongkol dengan Arsad Ghani.

ARTIKEL BERKAITAN- Pembantu Menteri Warisan heret ‘Pegawai Khasnya’ jadi 'kaki pau' urusan jual tanah dan projek]

ARTIKEL BERKAITAN- Belum sempat 'Pegawai Khas' lapor Azhar Matusin pula lapor Sabahkini2 ]

Pembantu Menteri Warisan heret ‘Pegawai Khasnya’ jadi 'kaki pau' urusan jual tanah dan projek

Setakat ini tidak diketahui tindakan pihak berkuasa terhadap Arsad Ghani (jika Arsad menipu atau mengutip wang) dan YB Azhar juga telah berdiam diri seakan-akan kes ini telah selesai diantara mereka berdua.

Walaubagaimanapun melalui surat Arsad yang disebarkan nampaknya para penyokong Warisan bukan sahaja giat mendapatkan surat sokongan atau minit dari pemimpin Warisan (Adun dan Parlimen) hingga kepada Shafie Apdal (minit arahan) kini mereka turut menggunakan sokongan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah mendapat kelulusan permohonan tanah.

Dalam surat permohonan tanah di Kampung Kurol Melangi Teluk Likas itu Arsad Ghani dan Sainin Sulaiman memaklumkan senarai 674 peserta permohonan lot tanah di kampung itu telah disediakan untuk TYT Sabah memberi sokongan terhadap permohonan itu.

“Bersama ini dikepilkan pelan lakaran pembahagian lot kepada 674 orang peserta. Untuk makluman semua borang tanah telah dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk pendaftaran”. Sebagaimana kandungan surat itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan TYT telah mengeluarkan surat sokongan berkenaan namun surat itu telah diterima oleh pejabat pihak istana berdasarkan cop pihak istana.

Kebimbangan rakyat orang asal Sabah dalam pemerintahan Kerajaan Warisan seperti projek pemberian IC, kelulusan surat pendaftaran lewat, mengusung Jabatan Pendaftaran (JPN) dalam, jelajah lawatan Shafie Apdal, sokongan surat Pesuruhjya sumpah, pemberian dokumen IMM13 serta permohonan tanah dari penyokong Warisan sangat berasas.

 

(VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan

Difahamkan selepas kemenangan Shafie Apdal di mahkamah tinggi baru-baru ini bagi penentuan Ketua Menteri Sabah yang sah maka akan banyak lagi kelulusan permohonan tanah atau gazet kampung setinggan diluluskan oleh Kerajaan Warisan yang lebih banyak menguntungkan PATI serta warganegara ‘Projek IC’.

Antaranya Kg Warisan Jaya Sepanggar, Kg Boronuon Telipok, Kg Biah Skim, Jalan Sook di Daerah Kecil Sook malah kampung setingga di Kg Numbak Sepanggar dan sekitarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN - Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Orang Kg Boronuon Sepanggar bantah sebagai pusat penempatan setinggan terbakar ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Janji 100 hari Warisan diteruskan Kg Numbak dan setinggan Sepanggar digazetkan? ]

 

 Janji 100 hari untuk gazet Kg Setinggan

15 Comments