Bukan satu kes tapi dua kes iaitu tuntutan palsu UMS dan KKLW. Apakah kes pecah amanah RISDA bakal dibuka?
KOTA KINABALU [Sabahkini] - Susulan penyiasatan Dato' Seri Shafie Apdal bekas Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) semalam berhubung siasatan projek selenggaraan mekanikal dan elektrikal UMS oleh Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd milik Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Datuk Peter Anthony hadir ke ibu pejabat agensi itu di Putrajaya hari ini.

Peter hadir pada pukul 8.30 hari iniuntuk membantu satu siasatan yang dijalankan SPRM mlelibatkan beberapa kes iaitu Kes tipu tuntutan projek RM43 juta Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga dana RM1.5 bilion Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015.
“ Saya telah menerima waran yang mengarahkan saya ke Putrajaya. Saya tidak boleh beritahu apa perkara yang sedang disiasat,” katanya.
Kes penipuan projek penyelenggaraan UMS dikatakan mendapat surat sokongan daripada Shafie Apdal sebelum ini. Kes ini pernah pernah dilaporkan kepada SPRM pada tahun 2012.Dua pegawai universiti itu yang bersekongkol dengan syarikat milik Datuk Peter Anthony itu untuk 'memalsukan' surat yang disokong oleh Shafie Apdal turut diambil keterangan.
Pada 6 Oktober lalu, Peter bersama dua individu lain direman selama lapan hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana KKLW yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion.
Sementara itu semalam, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang sebelum ini direman lapan hari turut hadir memberi keterangan di pejabat SPRM pada pukul 10 pagi.