Waytha pertahan video ‘rasis’nya dan tuduh Biro Tatanegara dan polis
01:11 Nov 19, 2018  |  By SabahKini2
Waytha pertahan video ‘rasis’nya dan tuduh Biro Tatanegara dan polis

Waytha mendakwa perobohan kira-kira 10,000 kuil Hindu dilakukan secara melampau oleh “orang-orang yang saya percaya dilatih oleh Biro Tatanegara.”. Belia India direkrut sebagai perompak & penghantar dadah oleh anasir penyangak dalam polis.- Katanya

 

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy tampil mempertahankan diri berhubung klip video temubual dengan media antarabangsa yang dibuat lebih kurang 10 tahun lalu.

Beliau yang memegang portfolio perpaduan negara dan integrasi nasional berkata beliau bertegas dengan kenyataannya sebagaimana beliau dalam Hindraf dan pernah dilantik timbalan menteri JPM.

Beliau dalam kenyataannya berkata lebih 800,000 orang India diusir daripada rumah-rumah mereka di estet tanpa tanah alternatif untuk penempatan semula, dan dinafikan peluang latihan pekerjaan, menyebabkan mereka membina rumah-rumah haram dan kuil di pinggir bandar serta memaksa mereka terjebak dalam jenayah.

“Orang India jadi berputus asa dan semua mengenai orang India dikatakan ‘haram’,” katanya.

Beliau mendakwa perobohan kira-kira 10,000 kuil Hindu dilakukan secara melampau oleh “orang-orang yang saya percaya dilatih oleh Biro Tatanegara.”

“Kes menukar agama secara paksa dikumpul daripada ratusan orang yang datang kepada saya meminta bantuan, dan keterangan mereka ada pada polis yang menyerbu pejabat saya dan merampas dokumen itu pada November 2007,” katanya.

“Belia India direkrut sebagai perompak dan penghantar dadah oleh anasir penyangak dalam polis yang bekerjasama dengan dunia penjenayahan,” katanya.

Netizen, Dr Maza Mufti Perlis termasuk pemimpin PPBM seperti Khairuddin menyelar P Waytha Moorthy atas penipuannya apatah lagi beliau sekarang menggerakkan usaha untuk meratifikasikan ICERD.

Kenyataan Waytha Moorthy menuduh sehingga ke tahap paksaan menukar agama adalah sesuatu tindakan keterlaluan kerana di negara ini tidak pernah ada paksaan untuk orang bukan Islam dipaksa memeluk Islam.

 

 

 

4 Comments