Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek
06:11 Nov 08, 2017  |  By
Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek

Shafie Apdal terperangkap dengan mainan sendiri dan dedahkan yang beri rasuah kepada 'adiknya' di KKLW

KUALA LUMPUR: [Sabahkini] PRESIDEN Parti Warisan Sabah Shafie Apdal cuba bermain persepsi mengalih isu mengaitkan anak saudara kepada Ketua Menteri Sabah Musa Aman pemilik Syarikat Wilayah Kaya Sdn Bhd yang membina  projek loji rawatan air di Sungai Intan Semporna iaitu antara 350 projek di Sabah yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bercakap di Dewan Rakyat, Shafie yang juga ahli Parlimen Semporna berkata beliau ditohmah kononnya syarikat proksinya mendapat projek loji rawatan air itu sedangkan sebenarnya kontrak projek itu diberikan kepada syarikat perundingan dan pembinaan yang dilantik secara tender terbuka. Katanya Syarikat Perunding Shahelmy dan Rakan-rakan Sdn Bhd juga adalah dilantik secara tender terbuka.  Syarikat perunding Shahelmy adalah milik Ketua Pemuda UMNO Putatan Ir.Shahelmey Yahya.

“Ini projek awal (loji rawatan air) yang dibina pada 1990-an, ia ada loji usang, lepas itu ada usaha nak naik taraf.

“Ini kerjasama antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerajaan negeri (Sabah), tidak mungkin kerajaan pusat boleh lakukannya tanpa ada persetujuan dengan kerajaan negeri.

Apa yang tidak berani disebut oleh Shafie Apdal ialah tentang siasatan 60 syarikat dan juga dakwaan 23 syarikat adalah dibawah pengaruh adiknya Datuk Yusof Apdal dan hamid Apdal. Bagaimanapun 14 Syarikat itu baru-baru ini didedahkan oleh SPRM dalam laporan the star. 14 syarikat itu dikatakan memberikan komisen projek malah dalam sesetengah tender terhad telah di 'mark up' untuk menampung kos projek. 

Projek loji rawatan air Sungai Intan Semporna yang bernilai RM45 juta adalah satu dari 23 projek yang dilobi oleh adik Shafie Apdal. Datuk Yusof Apdal dan Haji Hamid Apdal turut ditahan reman oleh SPRM membantu kes. Adik-adik Shafie merupakan kunci penting dalam penyiasatan kali ini memandangkan semua kontraktor terbabit mengemukakan bukti pembayaran wang atau cek kepada adik Shafie Apdal. 

Menurut sumber Yusof Apdal adalah penyimpan wang dana politik dana utama Shafie Apdal dikalangan adik-beradiknya. Datuk Yusof merupakan Ketua UMNO Bahagian Silam dan selepas keluar daripada reman dalam sidang medianya menegaskan beliau masih setia bersama UMNO. 

Turut ditahan reman SPRM ialah jurutera perunding syarikat Shahelmy dan Rakan-rakan iaitu Amarjit Singh yang juga adalah Setiausaha Parti Warisan Bahagian Putatan. 

Infografik: Captain M

Bagaimana pun blog Captain M yang banyak mendedahkan kes Shafie Apdal sehingga disiasat SPRM membongkar apa yang disembunyikan oleh Shafie Apdal ialah Projek Loji Rawatan Air Sungai Intan adalah projek milik Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), bermula perancangan, pelantikan konsultan, pembukaan tender, jawatan kuasa tender, Lembaga Perolehan 'A' malah sehingga kepada pelantikan kontraktor (LOA) adalah milik KKLW.

Ketika Surat Setuju Terima (LOA) mahu ditandatangan pun perlu dirujuk Menteri iaitu Dato' Seri Shafie Apdal. 

Menurut blog itu lagi jika semuanya kuasa Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW mengapa perlu menyalahkan Ketua Menteri Sabah tentang siapa kontraktor atau perunding dilantik kerana semua itu adalah kuasa Shafie Apdal dan tiada kena mengena dengan Ketua Menteri. Ia peruntukan KKLW bukan Negeri Sabah.

"Jika ia projek dan peruntukan KKLW sehingga pelantikan kontraktor adalah KKLW yang Menterinya ketika itu adalah Dato' Seri Shafie Apdal siapa yang lantik kontraktor kalau bukan Shafie dan kementeriannya? Apa kena mengena anak buah Ketua Menteri dapatpun kerana Shafie sendiri menjelaskan ia 'open tender'. Ia tetap kuasa Shafie Apdal bukan Ketua Menteri Sabah". Kata blog itu.

Dokumen yang dipaparkan oleh blog itu menunjukkan kontrak itu bukan RM45 juta tetapi RM47,721,333.00 dan maklumat menunjukkan ia projek milik KKLW bukan Kerajaan Negeri Sabah. Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan Jabatan Air Semporna hanyalah agensi pelaksana. Peruntukan dan kuasa melantik kontraktor adalah KKLW atau lebih tepat Menteri KKLW ketika itu Dato' Seri Shafie Apdal.

Blog itu turut menunjukkan bukti dokumen Memo Ketua Setiausaha KKLW, MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA DAN DOKUMEN KONTRAK PELANTIKAN KONTRAKTOR BAGI PROJEK KKLW  yang jelas memerlukan tandatangan Dato' Seri Shafie Apdal.

Ia sebagai bukti jelas Shafie Apdal mengetahui semua perancangan, pelaksanaan, penentuan syarikat dan peruntukan projek KKLW yang beliau amat arif mengenai kuasanya.

Tan Sri Musa Aman dalam satu kenyataan berkata Shafie Apdal sepatutnya membenarkan dahulu agensi anti rasuah menyiasat dakwaan penyelewengan dana kerajaan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dan bukannya cuba mengalihkan perhatian dengan menyerang orang lain, kata Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

“Shafie perlu membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa beliau berkhidmat sebagai menteri,” katanya 

"Tidak perlu hendak gelabah. Tidak ada apa yang hendak ditakutkan kalau tidak salah, seperti kata peribahasa Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah,”


DOKUMEN BERKAITAN

BUKTI PROJEK LOJI AIR SG INTAN ADALAH MILIK KKLW DAN PERUNTUKAN KKLW

 MEMO KSU KKLW KEPADA MENTERI KKLW UNTUK MOHON
PERSETUJUAN DAN TANDATANGAN- BUKTI KUASA SHAFIE APDAL