Kedutaan Filipina nafi kenyataan Timbalan Menteri tolak rakyatnya miliki IMM13
22:11 Nov 21, 2018  |  By SabahKini2
Kedutaan Filipina nafi kenyataan Timbalan Menteri tolak rakyatnya miliki IMM13

Timbalan Menteri kata Filipina 'tolak' dan cadangkan satu dokumentasi baru untuk pemegang IMM13 tetapi kedutaan Filipina kata mereka menerima pemegang IMM13 sebagai rakyatnya.

KOTA KINABALU:Susulan dakwaan Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN baru -baru ini Borneo Post melaporkan Filipina menafikan dakwaan kononnya negara itu tidak menerima pemegang IMM13 sebagai warga, menurut kedutaannya di Kuala Lumpur semalam.

Malah, Kedutaan Filipina menerima kad IMM13 sebagai dokumen sokongan bagi permohonan mendaftarkan kelahiran, pasport dan dokumen-dokumen perjalanan yang lain.

Kedutaan itu menjelaskan demikian menerusi satu kenyataan semalam selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman baru-baru ini mengatakan bahawa penghantaran balik warga Filipina yang memegang IMM13 berdepan kesukaran kerana Filipina menafikan mereka sebagai rakyatnya.

Azis berkata kerajaan mahu menghantar pemegang pas IMM13 kembali ke negara mereka tetapi Filipina berkata mereka bukan rakyatnya.

IMM13 merupakan pas lawatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada pelarian perang yang melarikan diri ke Sabah berikutan pergolakan di Selatan Filipina pada awal 1970-an.

Pemegang IMM13 ini dibenarkan untuk tinggal di Sabah dan Labuan serta bekerja tanpa perlu memohon pas kerja. Mereka juga dibenarkan untuk bersekolah dan menerima khidmat perubatan daripada kerajaan.

Pas tersebut dikeluarkan sejak 1963 dan menurut rekod, kini terdapat 99,055 pas yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

Malah Azis mencadangkan satu dokumentasi baru buat pemegang IMM13 yang bukan setaraf kewargnegaraan

“Saya fikir kita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi untuk membolehkan mereka tinggal di Sabah dan menyumbang kepada ekonomi tempatan.

“(Tetapi) dokumen itu bukan kewarganegaraan,” katanya.

 â€œKita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi tetapi bukan warganegara” - Timbalan Menteri KDN

[ARTIKEL BERKAITAN- 

“Kita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi tetapi bukan warganegara” - Timbalan Menteri KDN

(VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan

IMM13: Shafie terkejut Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dan imigresen tidak beritahunya

 

 

23 Comments