Presiden UPKO hanya pentingkan kedudukan sendiri- Masiung Banah
05:11 Nov 26, 2018  |  By SabahKini2
Presiden UPKO hanya pentingkan kedudukan sendiri- Masiung Banah

Saya keluar secara baik dan tidak ingin memburuk- burukkan parti UPKO yang selama ini saya dukung. Tetapi apabila seseorang ditindas dengan tohmahan- tohmahan liar pasti orang itu akan membalas dan tidak berdiam diri.

Baru kelmarin saya membuat pengumuman untuk keluar daripada parti UPKO secara sopan, tetapi semalam telah saya terima banyak tuduhan serta fitnah yang mengambarkan saya sebagai JIN yang jahat seperti gambar infografik diatas yang disebarkan oleh Cybertrooper UPKO.

Saya keluar secara baik dan tidak ingin memburuk- burukkan parti UPKO yang selama ini saya dukung. Tetapi apabila seseorang ditindas dengan tohmahan- tohmahan liar pasti orang itu akan membalas dan tidak berdiam diri.

Parti UPKO bukan lagi parti UPKO yang dahulunya dipimpin oleh Tan Sri Benard Dompok yang bervisi dan berwawasan, UPKO kini dipimpin oleh seorang presiden yang hanya pentingkan kedudukan sendiri, dan kita seharusnya faham mengapa seseorang wakil MP boleh dilantik sebagai ADUN lantikan, wahal mantan presiden UPKO dahulu secara kebiasaannya akan menyandang Menteri Dalam Persekutuan dan bukan jawatan dalam kerajaan negeri.

Presiden UPKO mengatakan bahawa UPKO bersekutu dengan Warisan untuk membentuk kerajaan sekutu kerana keinginan rakyat, itu semua hanya alasan dan langsung tidak masuk akal! UPKO sebagai parti yang mewakili KDMR tidak kalah di kawasan DUN KDMR sama seperti PBRS dan PBS kerana Warisan hanya menang 3 ADUN dalam kawasan KDMR ,ini bermakna kaum KDMR menolak Warisan yang menjunjung kasih Tun Mahathir dan Projek IC. Sepatutnya penyandang Presiden YB Datuk Madius Tangau harus mengikut mandat yang diberi oleh KDMR iaitu UPKO perlu kekal dalam BN dan bukan bersekutu dan memberi kuasa pemerintahan kepada Warisan yang memperjuangkan nasib orang PATI dari golongan Suluk.

Saya juga telah bosan mendengar rintihan dari penyokong-penyokong dan juga pengundi saya bertanya mengapa Upko mahu bertindak sedemikan? Bukankah tindakan ini adalah menjual hak bangsa sendiri dan menjaga kepentingan presiden parti sahaja? Saya tidak dapat memberi jawapan terhadap soalan yang dituju oleh penyokong-penyokong kepada saya. Ketakutan saya selaku seorang anak jati Sabah yang saya lihat dengan mata sendiri pemberian IMM13 dan MyPR oleh Warisan telah merisaukan saya berkenaan masa depan anak anak KDMR dan halatuju UPKO, yang mana bangsa kami akan terhimpit dan akhirnya menjadi penduduk minoriti pada masa kelak. UPKO sepatutnya bertanggungjawab menyelamatkan bangsa sendiri dan bukan bersekongkol dengan parti Warisan.

Sekiranya saya masih berdiam diri dan membisu dalam UPKO maka karier politik saya juga akan menerima ajalnya bersama UPKO. Maka itulah saya memilih untuk bertindak berani keluar daripada UPKO demi menyelamatkan bangsa dan integriti saya sendiri, bukan untuk kedudukan diri, bukan untuk mencari kekayaan dan bukan minta dibeli tetapi kerana maruah dan kepentingan KDMR!

Kenyataan oleh
YB Datuk Masiung Banah
N. 47 KUAMUT
ADUN BEBAS

37 Comments