PH tidak dapat tunai janji beri 40 peratus hasil pendapatan negeri Sabah- Guan Eng
12:11 Nov 26, 2018  |  By SabahKini2
PH tidak dapat tunai janji beri 40 peratus hasil pendapatan negeri Sabah- Guan Eng

Lim Guan Eng berkata kerajaan tidak dapat menunaikan janji itu mengambil kira situasi ekonomi negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini tidak dapat memberikan 40 peratus hasil pendapatan negeri itu seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) kerana "tak cukup duit".

Jelas Lim, kerajaan tidak dapat menunaikan janji itu mengambil kira situasi ekonomi negara.

"Kita mahu berikan semula apa yang kita janjikan kepada Sabah.

"Tapi bagaimana kita mahu buat kalau kita (kerajaan) tak cukup duit?" kata Lim dipetik The Star.

Lim yang juga anggota parlimen Bagan memohon agar kerajaan PH diberikan masa untuk memulihkan situasi kewangan negara.

"Kita pulihkan situasi kewangan negara dulu, kita mahu elak negara bankrap," katanya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, tambah Lim, melalui Belanjawan 2019, peruntukan untuk Sabah telah dinaikkan.

Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM5 bilion bagi negeri itu pada tahun hadapan berbanding RM4.1 bilion pada tahun lalu.

4 Comments