PKR Sabah Bergolak :Christina Liew bakal disingkir Pengerusi PKR Negeri
10:11 Nov 26, 2018  |  By SabahKini2
PKR Sabah Bergolak :Christina Liew bakal disingkir Pengerusi PKR Negeri

Desas -desus sudah bermula Mac lalu sebelum PRU14 lagi usaha mahu menyingkir Christina Liew. Sekalipun Christina adalah Timbalan Ketua Menteri namun tidak menghalang usaha menyingkir beliau dari jawatan itu.

Desas-desus usaha menyingkirkan Christina Liew sebagai Pengerusi MPN Negeri Sabah sejak Mac tahun ini nampaknya bakal menjasi realiti minggu ini. Sebelum ini didedahkan usaha usaha ketua-ketua cabang PKR diketuai Roland Chia Adun Inanam mahu menjatuhkan Christina Liew sebagai Pengerusi MPN Negeri Sabah namun dipertahankan oleh Ketua Cabang PKR P.182 Pensiangan Raymond Ahuar dengan balasan kini beliau sebagai Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Adun Inanam Roland Chia Ketuai Gerakan Gulingkan Christina Liew] [Roland kini Ketua Cabang Sepanggar]

[ARTIKEL BERKAITAN-Gadai Kerusi PKR kepada DAP: Ketua Cabang mahu singkir Christina ]

Terbaru portal The Malaysia Insight mededahkan PKR Sabah dijangka merombak pucuk pimpinan parti termasuk menyingkirkan Christina Liew sebagai pengerusi PKR negeri apabila 15 daripada 26 ketua cabang mengadakan pertemuan esok.

Kesemua ketua cabang itu mahu Liew digantikan kerana mereka hilang keyakinan terhadap pimpinannya.

Ketua Cabang Kudat Rahimah Majid mengesahkan bahawa pertemuan tertutup akan diadakan esok.

“Ia bagi membincangkan kedudukan kepimpinan parti di Sabah termasuk kedudukan Liew,” kata sambil enggan mengulas masa dan lokasi pertemuan itu diadakan.

Menurutnya, seramai 15 daripada 26 ketua cabang di Sabah dan Labuan dijangka menghadiri pertemuan itu dan jumlah tersebut sudah cukup untuk menyingkirkan Liew.

Kedudukan pengerusi PKR negeri dibuat berdasarkan pelantikan oleh Presiden (Anwar Ibrahim) yang akan mengambil kira pandangan kesemua 26 ketua cabang sebelum mencapai sebarang keputusan.

Bagaimanapun presiden parti masih boleh memilih pengerusi negeri berdasarkan keputusannya jika dirasakan sesuai, sama ada dengan sokongan atau tanpa sokongan majoriti daripada kesemua ketua cabang.

Menurut sumber Anwar Ibrahim tidak menyenangi Christiwa Liew dan memang berhasrat mahu menggantikannya dengan Ketua Cabang yang lain.

Rahimah enggan mengulas sama ada pertemuan itu tidak melibatkan Liew, tetapi menyatakan bahawa kesemua 15 ketua cabang “tidak mahu beliau” yang dianggap sebagai “liabiliti kepada PKR”.

Rahimah merupakan kem Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, dan mereka sudah memilih Ketua Cabang Tawau Kong Hon Ming sebagai calon untuk menggantikan Liew.

Antara pemimpin yang dijangka hadir esok adalah Ketua Cabang Sepanggar Roland Chia dan Ketua Cabang Ranau Jonathan Yassin.

Sabah yang memiliki ahli PKR kedua terbesar, kebanyakannya menyokong Rafizi Ramli yang tewas kepada Azmin dalam perebutan jawatan timbalan presiden.

Ramai ahli dalam kem Rafizi kurang gembira dengan kepimpinan Liew. Beliau tidak mengadakan pertemuan ketua cabang untuk memilih pengerusi parti negeri walaupun pemilihan PKR berakhir kira-kira dua minggu lalu.

Seorang ketua cabang dari kem Rafizi mengesahkan Liew tidak mampu mengekalkan jawatannya.

Beliau gagal menangani isu yang menjejaskan sokongan akar umbi dan terlalu pro Warisan, kata ketua cabang tersebut yang enggan dikenali.

“Banyak perkara mereka bangkitkan kepada saya. Antaranya Liew tidak menyentuh atau menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi. 

“Ekoran itu, beberapa ketua cabang tidak gembira dan mempertimbangkan untuk menyingkirkan beliau,” kata sumber itu.

Sementara itu  Ketua Cabang PKR P.182 Pensiangan Raymond Ahuar yang kontroversi 'kes rogol dan pengundi hantu' kini berhadapan penyebaran surat permohonan doktor dan peralatan perubatan Hospital Keningau sempena lawatannya ke Kampung Karampolan Pensiangan seperti Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri seorang 'VIP'. 

 

 

2 Comments