“Suka tak suka Empangan Papar perlu diteruskan demi rakyat Sabah”- Peter Anthony
19:11 Nov 26, 2018  |  By SabahKini2
“Suka tak suka Empangan Papar perlu diteruskan demi rakyat Sabah”- Peter Anthony

Kita nampak bahawa perancangan yang terdahulu melalui kerajaan BN sememangnya terdapat cadangan untuk pembinaan empangan Kaiduan yang mampu membekalkan sebanyak 1,000 juta liter sehari.

KOTA KINABALU: Pembinaan empangan di Papar perlu diteruskan berikutan keperluan bekalan air yang meningkat di kawasan pantai barat.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata setelah membuat penelitian mendapati bahawa kawasan-kawasan seperti Papar, Beaufort, Putatan, Kota Kinabalu, Inanam sehinggalah Tuaran masih mengalami kekurangan sebanyak 10 hingga 15 peratus air.

“Kita nampak bahawa perancangan yang terdahulu melalui kerajaan BN sememangnya terdapat cadangan untuk pembinaan empangan Kaiduan yang mampu membekalkan sebanyak 1,000 juta liter sehari.

“Dalam perancangan kerajaan baru ini, setelah meniliti perkara tersebut, pada ketika ini kita memerlukan empangan ini.

“Ini adalah satu daripada alternatif atau cadangan sama ada kita suka atau tidak kita, terpaksa juga mencari kaedah bagi mengatasi masalah air ini,” katanya.

Bagaimanapun, Peter berkata pihaknya kini berada pada peringkat akhir dalam memutuskan lokasi pembinaan empangan berkenaan.

“Kini kita berada di peringkat akhir sama ada empangan ini akan dibina di kawasan Kaiduan terdahulu ataupun di Mandalipau yang kapasitinya separuh daripada 1,000 juta liter sehari,” jelasnya.

Tinjauan dalam media sosial terdapat dua kumpulan berhadapan isu pembinaan empangan iaitu dari penduduk kampung,NGO yang menentang dan netizen dari Beaufort, Putatan, Kota Kinabalu, Inanam sehinggalah Tuaran yang menyokong memandangkan bekalan air semakin berkurangan di daerah itu.

“Sejak 2008 projek ini dibantah penduduk dan NGO hingga 2018 belum selesai lagi, jika projek ini tidak dibina rakyat Sabah dari luar Papar dan sekitar Kota Kinabalu akan berhadapan sukar. Jadi kami sangat menyokong usaha Datuk Peter Anthony itu”. kata Perdorin berasal dari Tuaran.

Shafie Apdal sebelum ini berkata sama ada kita akan berhadapan krisis air lebih teruk atau bakal berhadapan dengan 1000 orang penduduk yang menentang keutamaannya adalah keseluruhan rakyat di Sabah.

 

 

6 Comments