VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC
23:11 Nov 26, 2018  |  By SabahKini2
VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC

Benarkah Menteri JPM VK Liew menerima rasuah dari Datuk Profesor Dr Sundra Rajoo Pengarah AIAC untuk kekalkan kedudukannya? Mengapa VK Liew tidak disiasat?

Datuk Profesor Dr Sundra Rajoo yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 21 November lalu kerana surat layang yang dihantar kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah menggunakan dana kerajaan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai sebagai pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).

Sundra Rajoo bagaimanapun meletak jawatan atas alasan mahu melindungi nama baik AIAC.

SPRM dilaporkan gagal menahan reman Sundra Rajoo apabila  Mahkamah Majistret Putrajaya menolak reman SPRM selama tujuh hari terhadapnya atas alasan SPRM tidak ada bidang kuasa menahan Sundra, yang juga pegawai tinggi dan dilindungi di bawah Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992.

AIAC yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA), ditukar nama pada Februari tahun ini.

Sewaan kereta (Honda Civic) dengan pemandu untuk kegunaan peribadi anak Menteri JPM yang belajar di Kuala Lumpur
semua ditanggung Sundra Rajoo

AIAC ditubuhkan di bawah Organisasi Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), organisasi antarabangsa yang terdiri daripada 47 negara anggota dari seluruh rantau itu.

Ditubuhkan di bawah perjanjian antara Malaysia dan AALCO, AIAC tidak mengaut keuntungan, institusi timbang tara antarabangsa bukan kerajaan yang bebas dan diberikan keistimewaan tertentu dan kekebalan oleh kerajaan Malaysia bagi tujuan melaksanakan fungsinya.

Sundra juga presiden Institut Penimbang Tara Bertauliah (CIArb) sejak 2016. Beliau juga presiden pengasas Persatuan Undang-undang Pembinaan dan bekas presiden Kumpulan Timbang Tara Rantau Asia Pasifik, yang juga persekutuan bagi hampir 40 institusi timbang tara di rantau Asia Pasifik, menurut laman web AIAC.

Sundra merupakan hakim Jawatankuasa Etika Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menjatuhkan hukuman gantung seumur hidup terhadap beberapa eksekutif bola sepak yang terpalit dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam kes rasuah bola sepak.

Dewan Adjudikasi itu bertanggungjawab menggantung bekas presiden badan induk itu, Sepp Blatter dan bos Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Michel Platini.

Kini Sundra sendiri dituduh melakukan rasuah. Antara dakwaan itu ialah usahanya melobi untuk lanjutan kontraknya selepas Februari 2019, Datuk Professor Sundra Rajoo telah menyalahgunakan dana yang diberikan untuk pembangunan AIAC dan telah menggunakannya untuk memberikan keistimewaan peribadi tertentu kepada Menteri JPM (Undang-undang) semasa, Datuk Liew Vui Keong merangkumi:

1) Sewaan kereta (Honda Civic) dengan pemandu untuk kegunaan peribadi anak Menteri JPM yang belajar di Kuala Lumpur.

2) Perbelanjaan penginapan sebanyak beberapa kali di Hotel St Regis Kuala Lumpur untuk kegunaan keluarga Menteri melawat dari Sabah

3) Sewaan kereta mewah untuk kegunaan Menteri semasa pelantikannya

Jika benar dakwaan rasuah terhadap Sundra Rajoo itu sepatutnya Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong turut disiasat SPRM memandangkan tuduhan menerima rasuah dari Sundra itu sangat serius kerana melibatkan pihak yang arif mengenai undang-undang. SPRM juga wajar menyiasat terhadap dakwaan Sundra merasuah menteri yang lama untuk mengekalkan jawatannya.

 

 

 

5 Comments