Mahdzir Khalid akan didakwa minggu ini kerana projek solar Sarawak
13:11 Nov 27, 2018  |  By SabahKini2
Mahdzir Khalid akan didakwa minggu ini kerana projek solar Sarawak

Mahdzir akan jadi individu ketiga yang didakwa berkaitan projek solar hibrid itu.

MENTERI Pendidikan Mahdzir Khalid akan didakwa atas pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hybrid di Sarawak, kata sumber.

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) memberitahu The Malaysian Insight yang Mahdzir sudah dipanggil menghadap agensi pencegahan rasuah itu Khamis ini.

Beliau dijangka ditahan semalaman sebelum didakwa pada Jumaat.

Mahdzir akan jadi individu ketiga yang didakwa berkaitan projek solar hibrid itu.

Awal bulan ini, Rosmah Mansor dan bekas pembantunya Rizal Mansor didakwa secara berasingan berkaitan projek tersebut.

Mahdzir sudah disoal siasat oleh SPRM bulan lepas berkaitan kontrak projek solar hibdrid untuk sekolah pendalaman Sarawak.

Dilaporkan yang terdapat keraguan dalam pemberian kontrak projek tersebut yang bernilai RM2.5 bilion secara terus atas arahan bekas seorang pemimpin negara- TMI

 

2 Comments