Anwar tidak akan pilih Christina atau Kong Hong Ming Pengerusi PKR Sabah?
20:11 Nov 30, 2018  |  By SabahKini2
Anwar tidak akan pilih Christina atau Kong Hong Ming Pengerusi PKR Sabah?

Sumber rapat Anwar Ibrahim berkata Christina dan Kong HOng Ming tak mungkin dilantik Pengeusi PKR Negeri Sabah.Siapa pilihan Anwar?

KOTA KINABALU: Sebagaimana dijangka akhirnya majoriti ketua cabang PKR Sabah membuat resolusi untuk menamakan Ketua Cabang Tawau, Datuk Kong Hong Ming sebagai Pengerusi PKR negeri baharu, menggantikan Datuk Christina Liew.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang juga Ketua Cabang Kudat Rahimah Majid yang kini Ketua Wani PKR mendakwa ramai ahli dan pemimpin PKR di Sabah tidak mahu Liew dilantik semula sebagai pengerusi negeri.

“Kita tidak mahu beliau (Liew) dilantik semula (sebagai pengerusi PKR Sabah).

“Sebabkan itu, kali ini majoriti ketua cabang membuat resolusi bagi memilih pengerusi PKR Sabah yang baharu, walaupun Liew ada menawarkan diri untuk dilantik semula,” katanya

Sebelum ini laporkan PKR Sabah bakal menyingkirkan Liew sebagai pengerusi PKR negeri apabila 15 daripada 26 ketua cabang mengadakan pertemuan minggu lalu.

Hong Ming antara calon yang menerima sokongan untuk menggantikan Liew namun kuasa itu tetap pada Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR.

Sementara itu Christina Liew menjelaskan beliau tidak tahu berkaitan usul oleh ketua-ketua cabang PKR Sabah yang mahukan perubahan kuasa diperingkat negeri dibuat dengan melantik Datuk Kong Hong Min sebagai ketua.

Christina mendakwa beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai penganjuran mesyuarat itu yang didakwa diadakan pada Sabtu lalu agar melantik Hong Ming yang juga Ketua Cabang PKR Tawau menggantikannya.

“Saya harap saya boleh ulas mengenai perkara ini. Tetapi malangnya saya tidak boleh komen sesuatu yang saya tidak tahu, saya cuma menganggap ia setakat hear say (cakap-cakap saja).

Difahamkan Anwar Ibrahim tidak begitu ‘menyukai’ Christina Liew dan termasuk cadangan yang terbaru Ketua Cabang Tawau, Datuk Kong Hong Ming yang masih ada kes di mahkamah  "Kesalahan Menggunakan Dokumen Orang Lain Yang dikhuatiri Palsu"…

Anwar dikhabarkan bakal membuat kejutan pelantikan Pengerusi MPN Sabah. Setakat ini nama masih dirahsiakan oleh Anwar Ibrahim

 

12 Comments