Laporan 'Kasar' Daily Express hanya spekulasi burukkan UMNO Sabah- Hajiji
10:12 Dec 01, 2018  |  By SabahKini2
Laporan 'Kasar' Daily Express hanya spekulasi burukkan UMNO Sabah- Hajiji

Hanya spekulasi bagi tujuan menghina. Penggunaan kata-kata kasar oleh editornya juga hanyalah bertujuan untuk merendahkan serta memburukkan imej UMNO.

KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menafikan laporan muka depan Daily Express hari ini (01/12/18) yang memburukkan UMNO Sabah.

"Ini merupakan laporan berbentuk spekulasi yang jelas dibuat dengan tujuan ingin mencipta persepsi yang boleh merumitkan lagi keadaan politik semasa di negeri ini, di samping merangsang politik perkauman serta mencetus fahaman politik kenegerian yang tinggi.

"Penggunaan kata-kata kasar oleh editornya juga hanyalah bertujuan untuk merendahkan serta memburukkan imej UMNO" katanya ketika  dalam satu kenyataan media mengulas laporan akhbar itu.

Beliau menjelaskan UMNO Sabah masih lagi utuh dan bersatu. Pelbagai aktiviti dan program khidmat sosial masih terus berjalan di seluruh negeri seperti biasa di semua bahagian.

 

Kenyataan Penuh Media oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah (BPUNS)
------

Saya merujuk kepada laporan muka depan Daily Express hari ini (01/12/18) berkenaan UMNO Sabah.

1. Ini merupakan satu laporan berbentuk spekulasi yang jelas dibuat dengan tujuan ingin mencipta persepsi yang boleh merumitkan lagi keadaan politik semasa di negeri ini, di samping merangsang politik perkauman serta mencetus fahaman politik kenegerian yang tinggi. Penggunaan kata-kata kasar oleh editornya juga hanyalah bertujuan untuk merendahkan serta memburukkan imej UMNO.

2. UMNO Sabah masih lagi utuh dan bersatu. Pelbagai aktiviti dan program khidmat sosial masih terus berjalan di seluruh negeri seperti biasa di semua bahagian.

3. PRU14 sudah selesai. Sepatutnya sekarang kita perlu beri tumpuan terhadap tanggungjawab dan kerja-kerja harian kita, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. Seluruh rakyat harus bekerjasama demi mengembalikan kegemilangan negeri Sabah ini. Kita perlu memperbetul keutamaan kita.

DSP Hj Hajiji Hj Mohd Noor

4 Comments