Belum Angkat Sumpah BN bakal hilang kerusi Parlimen Sipitang?
20:12 Dec 03, 2018  |  By SabahKini2
Belum Angkat Sumpah BN bakal hilang kerusi Parlimen Sipitang?

Hafez diberi enam bulan sejak 16 Julai, daripada mesyuarat Dewan Rakyat yang pertama, untuk mengangkat sumpah atau kehilangan kelayakannya sebagai ahli Parlimen sebagaimana ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

BN berisiko hilang satu lagi kerusi Parlimen di Sabah memandangkan pemenang Sipitang, Yamani Hafez Musa masih belum mengangkat sumpah jawatannya sebagai ahli Parlimen.

Anak bekas ketua menteri Sabah Musa Aman mempunyai tempoh sehingga 15 Januari untuk mengangkat sumpah.

Apa yang membimbangkan kalangan Umno Sabah adalah lokasinya masih tidak diketahui dan ini menimbulkan kecemasan di kalangan kepimpinan negeri bagi kemungkinan berlakunya pilihan raya kecil (PRK) untuk kerusi itu.

Hafez diberi enam bulan sejak 16 Julai, daripada mesyuarat Dewan Rakyat yang pertama, untuk mengangkat sumpah atau kehilangan kelayakannya sebagai ahli Parlimen sebagaimana ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Sipitang dengan majoriti 852 undi, melawan Warisan yang diwakili Noor Hayaty Mustapha dan Dayang Aezzy Liman bagi Parti Harapan Rakyat pada pilihan raya 9 Mei.

Hafez mempunyai peluang yang mencukupi untuk bersumpah sejak mesyuarat belanjawan semasa bermula 15 Oktober tetapi tidak menunjukkan kepada pejabat speaker yang beliau berhasrat menghadiri mesyuarat itu dan mengangkat sumpah.

Mesyuarat terkini akan berakhir pada 11 Disember.

Tetapi speaker juga boleh membenarkan beliau mengangkat sumpah ketika tiada sidang tetapi opsyen ini sepatutnya dilakukan banyak masa antara kedua-dua mesyuarat sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14( tetapi Hafez tidak berbuat demikian.

Selepas PRU, ahli Parlimen Sipitang baharu itu dilaporkan menemani ayahnya, Musa, ke London untuk menjalani rawatan perubatan pada 17 Mei, tetapi berterusan tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Hafez tidak dilihat ketika Musa kembali ke Sabah dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sibuga pada 5 September, sebelum ke Kuala Lumpur lagi hari yang sama.

Beliau juga tidak dapat dilihat ketika Musa kembali ke Sabah dari Kuala Lumpur bagi keputusan mahkamah mengenai jawatannya sebagai ketua menteri pada 7 November.

Tetapi sumber Umno yang bertemu Musa bulan lalu di kediamannya di Kota Kinabalu diberitahu oleh bekas pemimpin itu yang Hafez akan mengangkat sumpah.

“Musa memberitahu saya agar menunggu dan Hafez akan muncul tepat pada waktunya untuk mengangkat sumpah,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight.

Ia tidak dapat dipastikan kenapa Hafez mahu keberadaannya tidak diketahui.- Asal TMI

5 Comments