Pecah amanah lebih RM15 juta dana RISDA SPRM bakal panggil Peter Anthony dan Peguam
15:11 Nov 09, 2017  |  By SabahKini2
Pecah amanah lebih RM15 juta dana RISDA SPRM bakal panggil Peter Anthony dan Peguam

Risda sepatutnya membayar RM155.4 juta kepada syarikat dan peguam Micheal Ubu yang menguruskan jual beli tanah seluas 2,428 hektar itu. 10% telah dibayar.. tapi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan baharu terhadap Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhubung dakwaan pecah amanah wang pendahuluan RM15,545,400 berkaitan cadangan pembelian 2,428 hektar tanah di Tongod, dua tahun lalu yang dilaporkan Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin Mac tahun lalu.

Menurut sumber ia dibuat setelah SPRM menerima maklumat baharu mengenai kes Risda itu.

Risda membayar wang pendahuluan 10 peratus itu pada Julai 2014 melalui firma guaman Michael UBU & Co milik Naib Presiden KDM yang juga Peguam Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan ‘orang tengah’ berurusan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ketika itu Dato’ Seri Shafie Apdal.

Risda sepatutnya membayar RM155.4 juta kepada syarikat dan peguam Micheal Ubu yang menguruskan jual beli tanah seluas 2,428 hektar itu.

Bagaimanapun, Risda tidak jadi membeli tanah itu apabila dimaklumkan Pejabat Tanah negeri bahawa status geran tanah yang terletak di Sungai Pinangah dan Sungai Labau itu tidak boleh ditukar kerana ia adalah 'tanah pribumi'.

Kes itu dibiarkan berlarutan sehingga kini kononnya untuk memberi peluang kepada syarikat dan peguam membayar balik wang lebih RM15 juta itu dikembali kepada kepada Risda. Risda sehingga ke hari ini tidak pernah mengumumkan penyelesaian kes ini.

Sumber dalam Risda berkata menjadi isu mengapa kes ini tidak dilapor kepada SPRM dan menunggu firma guaman itu membayar kembali wang itu.

Turut disiasat ialah bagaimana wang amanah itu boleh dikeluarkan apakah terdapat pegawai Risda yang bersekongkol dengan firma guaman Micheal UBU & Co?. Katanya Datuk Peter Anthony yang menguruskan projek ini menggunakan wang ini untuk membayar komisen pihak atasan.

Pada 6 Oktober lalu, Peter ditahan SPRM dan direman selama lapan hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana KKLW yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion. Turut ditahan ialah Dato’ Azis Jamman Ketua Wira Warisan, dan dua adik Shafie Apdal.

SPRM turut mendedah 14 syarikat yang disiasat mempunyai hubungan rapat dengan adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof Apdal dan Hj Hamid Apdal.

7 November lalu Peter hadir sekali lagi ke pejabat SPRM bagi kes lama beliau iaitu  surat palsu dan tuntutan projek RM43 juta Universiti Malaysia Sabah (UMS) 

Turut dipanggil semula SPRM ialah Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang sebelum ini direman lapan hari memberi keterangan berhubung surat sokongannya kepada syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd milik Datuk Peter itu.

 

Comment