Selamatkan Bola Sepak Sabah: Shafie Apdal lantik Peter Anthony Presiden Kehormat SAFA
00:12 Dec 10, 2018  |  By SabahKini2
Selamatkan Bola Sepak Sabah: Shafie Apdal lantik Peter Anthony Presiden Kehormat SAFA

Selepas dilapor kewangan Safa kritikal kini Peter Anthony dilantik sebagai Presiden Kehormat Safa. Menurut Hamid Apdal Timbalan Presiden Safa pelantikan Peter ibarat “bekalan oksigen yang sampai kepada pesakit di ICU.”

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memberi mandat kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony sebagai Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) yang baharu selepas Alijus Sipil meletak jawatan baru-baru ini.

Menurut Peter beliau menerima jawatan ini dengan rasa tanggung jawab yang besar

“Memang sebelum ini selepas Alijus meletak jawatan, ada beberapa calon dinamakan termasuk saya dan sebelum ini saya tidak nafikan ia satu tanggungjawab besar, namun saya menerimanya demi bola sepak negeri Sabah.

“Kita akan bertindak secepat mungkin termasuk melihat perlembagaan yang terkandung dalam Safa serta Pesuruhjaya Sukan negeri dan sekiranya ia berjalan lancar, kita akan membentuk jawatankuasa yang baharu dengan segera,” katanya

Turut menyokong pelantikan Peter ialah Hj Hamid Apdal adik Ketua Menteri yang kini Timbalan Presiden Safa 1. Beliau mengumpamakan perlantikan Peter sebagai “bekalan oksigen yang sampai kepada pesakit di ICU.”

Hj Hamid Apdal Timbalan Presiden Safa 1

Sementara itu bagi gaji pemain skuad badak yang tertunggak lima bulan akan dibayar sebelum perayaan Krismas ini.

Menurut Peter Safa akan melangsaikan kesemua tunggakan pelbagai kepada pemain yang dianggarkan berjumlah RM6 juta.

“Ia termasuk gaji pemain, cukai pendapatan, caruman ke Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kita akan selesaikan perkara ini (hutang) demi untuk martabat negeri ini (Sabah),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Liga Bolasepak Kadazandusun dan Murut (KDM) Malaysia di sini.

Tumpuan Peter sekarang ialah mencari kaedah terbaik untuk menganjak status pasukan Sabah dari Liga Premier ke Liga Super dalam Liga Bola Sepak Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kewangan SAFA 'kritikal' Alijus letak jawatan Presiden, adik Shafie bakal memangku? ]

 

 

9 Comments