Ahli Parlimen Ampang beri isyarat Anwar Ibrahim dan Azmin MB Selangor 'Sakit Mental'
18:11 Nov 09, 2017  |  By SabahKini2
Ahli Parlimen Ampang beri isyarat Anwar Ibrahim dan Azmin MB Selangor 'Sakit Mental'

Ahli Parlimen Ampang mengemukakan soalan di Parlimen dan dijawab Menteri Kesihatan itulah apabila soalan kesihatan dijadikan soalan politik.

KUALA LUMPUR: Komen “kepala bapak kau” oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mesyuarat agung tahunan MCA baru-baru ini dibangkitkan dalam soal jawab tentang masalah kesihatan mental di Dewan Rakyat hari ini.

Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) berkata komen seperti itu menunjukkan simptom mental.

Komen Zuraida bagaimanapun mendorong Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) bangun meminta Zuraida menyatakan soalannya.

Zuraida menjelaskan beliau meminta menteri kesihatan menyatakan peruntukan untuk mengawal masalah kesihatan mental.

“Saya difahamkan NGO yang menjalankan usaha itu tidak mempunyai peruntukan secukupnya,” katanya.

Ketua Wanita PKR itu juga bertanyakan mengenai langkah diambil untuk menambah pengamal psikiatri kerana nisbah semasa ialah seorang psikiatri untuk setiap 200,000 rakyat.

Zuraida menambah 40% rakyat dijangka mengalami masalah kesihatan mental disebabkan oleh kemurungan, tekanan, penderaan dan perasaan mahu membunuh diri.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramanian berkata salah satu sebab tekanan ialah apabila soalan kesihatan dijadikan soalan politik dan seorang wakil rakyat harus tahu soalan yang perlu ditanya.

Kenyataan menteri itu mengundang tawa daripada para wakil rakyat.

Subramaniam berkata beberapa langkah sudah diambil untuk mengurangkan tekanan mental di sekolah dan memperluaskan perkhidmatan di klinik, hospital dan lokaliti lain.

“Pakar daripada klinik dan hospital kerajaan boleh melatih masyarakat bagaimana menangani tekanan,” katanya.

Istilah "Kepala bapak kau" adalah paling popular lebih awal digunakan oleh Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali MB Selangor. Netizen memberi komen sakit mental itu sebenarnya ditujukan kepada 'bosnya' sendiri.

 

11 Comments