Selepas 'balun' Tangau dan Warisan 'projek IC', Adun Kuamut sertai Warisan
11:12 Dec 19, 2018  |  By SabahKini2
Selepas 'balun' Tangau dan Warisan 'projek IC', Adun Kuamut sertai Warisan

Sebelum ini Masiung Banah keluar parti dan mengecam Madius Tangau dan Presiden Warisan mengenai ketakutannya selaku seorang anak jati Sabah yang melihat sendiri dengan mata sendiri pemberian IMM13 dan MyPR oleh Warisan merisaukan dirinya.

TENOM- Selepas 25 hari meninggalkan Parti Upko, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah akhirnya mengumumkan hala tuju politiknya dengan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Masiung menyerahkan borang keanggotaannya kepada Setiausaha Agung parti itu, Loretto Sipin Padua di sini, hari ini, sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas 2018 bersama Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony yang juga Naib Presiden Warisan.

“Ini adalah pilihan bijak yang telah saya fikirkan untuk masa depan rakyat di Kuamut,” katanya ketika ditemui sebaik selesai majlis penyerahan borang yang berlangsung di Dewan Seri Antenom di sini, hari ini.

Turut mengikut jejak Masiung ialah 25 orang daripada 30 Anggota Jawatankuasa (AJK) UPKO Bahagian Kinabatangan, 30 AJK Wanita, 28 AJK Komulakan (Pemuda) dan 94 Ketua Cawangan parti itu di Kuamut.

Masiung berkata selepas meninggalkan parti Upko, beliau sepatutnya memerlukan masa kira-kira dua bulan untuk menentukan hala tuju politiknya, namun di atas nasihat dan desakan rakyat, keputusan pantas untuk menyertai parti Warisan sesuatu yang sangat tepat.

“Keputusan pilihan raya lepas (PRU-14), menyaksikan rakyat memilih parti yang mewakili semua kaum. ...parti berasaskan kesukuan kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat di hati rakyat pada masa-masa hadapan,” katanya.

Sebelum ini Masiung Banah keluar parti dan mengecam Madius Tangau dan Presiden Warisan mengenai ketakutannya selaku seorang anak jati Sabah yang melihat sendiri dengan mata sendiri pemberian IMM13 dan MyPR oleh Warisan merisaukan dirinya. 

 [ARTIKEL BERKAITAN- Presiden UPKO hanya pentingkan kedudukan sendiri- Masiung Banah ]

 

10 Comments